05/01/2013

Influenza Kini Menular Di Malaysia

Good morning dolls! What a beautiful Saturday morning. How I wish I could lie down in bed hugging each other with my lil Qashie!. What do you guys up to today? Ewah.. speaking ler plak kan.

Okay, nak update few things here. Minggu lepas lepas kami (Mummy & Qashrin) sembuh demam, anak saudara tingkatan 3 Mummy pulak kena demam. Ingatkan dia sudah berjangkit dengan Qashrin demam sebab masa Qashrin betul-betul dah sembuh, dia main-main dengan Qashrin. Demamnya berlarutan dari malam New Year sampailah hari Khamis. Adik bongsu dia pulak, lepas balik hari pertama sekolah, dah demam juga. Demamnya panas off & on. Lepas je kakak ipar tahu tentang hal ni, sebab dia bekerja sebagai pramugari, terpaksa dia ambil emergency leave. Risaukan anak-anaknya. Anak bongsunya dari makan ubat klinik biasa tumpang pulak ubat Qashrin dari Hospital Pantai. Nampak perubahan tapi demam tetap ada. Dia risaukan anaknya, hari Khamis lepas, Opah teman kakak ipar dan anak-anaknya pergi Hospital Pantai malam Khamis untuk membuat blood test untuk denggi dan periksa kalau takot ada influenza. Memang bukan Denggi tetapi INFLUENZA. Kalau nak jumpa diorang kena pakai mask. Kesian dua beranak tu terpaksa admitted di Hospital Pantai Khamis malam tu juga.

Image: Google

Tersentak jantung Mummy ni, sebab anak bongsu dia tinggal sekejap di rumah kami lepas balik sekolah hari tu. Takot berjangkit. Atau takotkan Qashrin ni ada Influenza jugak ke? Apa yang merisaukan, Qashrin memang sudah tidak ada demam, cuba batuk dia macam not getting any better. Memang nekad dalam hati, ubat Hospital Pantai akan diberikan sampai Isnin depan, kalau tak memang kena bawak Qashrin jumpa dengan Doktor Kuldeep Pakar Kanak-kanak di sana. Apa yang Mummy paham dari kakak ipar, influenza ni akan lebih teruk bila demam berpanjangan, akan attack sistem paru-paru, tekak akan merah, tiada selera makan, dan pemeriksaan ke atas sel darah merah dan putih dilakukan untuk periksa jika jangkitan pula pada darah. Aiyoooo....double sentapness ! Risaukan Qashrin. Tapi tengok si Qashrin ni, makan maintain je, selesema dan batuk masih ada. Uwaaaaa. Kalau batuk dia ni tak baik-baik dah agak dah kena tidur Hospital la kalau doktor tak bagi ubat. Sebab takot jangkitan paru-paru. Qashrin ni kalau batuk lama sikit ni, nak jadi teruk lah tu.

Apa-apa pon Isnin ni kena bawa dia ke Hospital Pantai untuk check up dan Mummy doakan mereka cepat sembuh!


Xoxo
Mummy Akmar