12/01/2013

Hazab Di Akhirat Kelak Tidak Menjalankan Tanggungjawab Kepada Anak

Entri ini bukan nak memburukkan seseorang manusia yang sudah ke Mekah mengelilingi Kaabah lebih dari sekali. Tapi lebih kepada kesedaran yang lain. Mungkin entri ini akan menjadi boring, akan jadi cliche kalau di letakkan sekali dengan surah-surah serta ayat-ayat Quran yang sememangnya ramai sudah tahu. Jom kita sembang-sembang santai pakai ayat-ayat ringan agar maksudnya boleh sampai dengan lebih tepat lagi kepada pembaca.

Hak yang sepatutnya diberikan kepada seseorang anak itu berkira-kira sangat. Ada pula yang sanggup dengan mengitar semula wang yang dipulangkan untuk perbelanjaan bersalin atas mengikut kadar Hospital Kerajaan tetapi walhal dia mampu untuk mengusahakan wang untuk memberikan yang lebih dari itu dengan berpandukan resit yang dicetak oleh pihak Hospital (bukan surat buat-buat kerana famili doktor). Kiranya manusia tersebut tidak mahu menjalankan tanggungjawabnya atas alasan yang tidak munasabah. "Apa ni, tak abis-abis lagi ke citer tanggungjawab, boringlah". Memanglah, rasanya banyak hutang tanggungjawab terhadap nasab anak tu, tak kira lagi hutang ringgit malah hutang dosa juga. Mesti ramai kata, "tanggungjawab dah bagi dah, cukuplah tayah lebih-lebih sebab dah takpenting pun"....Ramai tertanya tanggungjawab jenis apa yer, eh banyak nak senaraikan ni. Okaylah kita citer dan tanya satu je "surat beranak anak siapa buat?. ermm, anak ni diazankan oleh siapa?, next week dia nak masuk sekolah apa manusia tu boleh lakukan?"... Eh lebih dari satu, and the list goes on!

Paling menyedihkan, dengan sikap ego dengan tidak ada rasa belas ehsan atau bersalah, anak yang difitnah macam-macam itu juga perlukan meja makan untuk makan, perlukan sofa untuk duduk, perlukan TV untuk melihat rancangan kartun kegemarannya, perlukan peti ais untuk aiskrimnya, perlukan mesin basuh untuk pastikan bajunya wangi bila dipakai, perlukan seterika dan senarai ini berpanjangan. Dimana barang-barang tersebut? Dengan egonya manusia itu membuat keputusan sendiri dimana yang hak bersama itu adalah kepunyaan dia sendiri semata-mata tanpa menghirau pihak tertentu punya hak juga. Bagaimana dia boleh tenang di Mekah tu?

Persoalannya disini, pernah ke dibenak hatinya terfikir yang perkara yang dilakukan untuk menunjjuk dikhalayak yang dia benar-benar berubah, lebih kepada macam beriman dan telah memulakan hidup baru dengan pasangan barunya dengan konsep Islamiah walhal dulunya nak beli satu tudung pun macam endah tak endah apatahlagi solat 5 waktu. Pelik tapi benar. Pelik lagi, dimana rasa hatinya yang dulu pernah ke BOMOH, TUKANG SIHIR, USTAZ PENIPU kononnya mengatakan itu dan ini terhadap pihak lain yang begini dan begitu tetapi semua itu adalah fitnah semata-mata? Sering tertanya bagaimana dia dapat menjejakkan kakinya ke sana? Perubahan ini adalah untuk tatapan umum yang mana "oooo saya tak shirik, tak khurafat saya beriman, tengok isteri saya pun bertudung walaupun hari perkahwinan kami bajunya ketat". Hahaha. Eh kenapa tak berubah semasa bersanding tempoh hari? Siap bertutup muka bagai. Bak kata kawan manusia tu "baik tayah bukak kain tu, tutup je sampai bila-bila. Muka tak virgin desperate nak kawin dah jadi andartu" Hahahaha..Ramai orang gelak sinis terhadap perubahan ini. Lebih-lebih lagi yang tahu latarbelakang manusia itu antaranya pernah tindik telinga. Macamana agaknya kalau anak baru tu perempuan juga? Dua-dua tak boleh diwalikan ke?. Kena dapatkan kepastian dari Ustaz yang sahih bukan Ustaz bomoh.

Ada pula yang mengatakan berlagak sana sini dengan kereta yang baru, ulang alik luar negara pakai duit bukan pakai daun. Tapi masih beri alasan seperti manusia tu seorang tukang kebun atau pembawa teksi. Tak mampu, tak mampu, tak mampu. Yes! SAYA TAK MAMPU sebab saya nak kawin baru, saya nak beli kereta baru, saya naik flight balik Malaysia, saya nak beli pakaian baru, saya nak beli barang bayi baru, SAYA TAK MAMPU!! SAYA TAK MAMPU...Adakah soalan yang diajukan diakhirat kelak, apabila soalan dilemparkan kepada manusia tersebut, dia MAMPU nak cakap SAYA TIDAK MAMPU juga??

Syurga atau Neraka? Mana pilihan anda?

Dunia ini kecil sangat. Seperti bola, pergi ke kiri jumpa orang kanan. Pergi kedepan jumpa orang belakang. Balik dari Mekah, terkejut jumpa keluarga bekasnya dulu berdiri depan pintu kapal terbang. Yer pintu kapal terbang. Akses orang tertentu sahaja boleh dapat untuk menunggu betul-betul depan pintu kapal terbang. Tersentak? Terkejut? Ahaaa...itu amaran sebenarnya. Amaran dari Allah juga. Kenapa tiba-tiba out of blue moon terjumpa bersemuka sampaikan macam terlompat kera kena belacan pedas dalam pakaian ala-ala orang beriman tu? Ada tertanya ke dalam hati. "macamana aku bole terserempak ni? Selamatke aku dan keluarga aku walaupun aku ni dah pindah jauh jauh?" Itulah sendiri mau ingatlah wahai manusia.

Sesetengah manusia rasa rugi bagi duit banyak-banyak untuk besarkan seorang anak walaupun anak itu dijaga oleh orang lain. Siapa orang lain? Bekas dia lah yang difitnah macam-macam tu. Time suka suka tak teringat fitnah shirik lagi khurat itu. Siap memaksa-maksa, memarah-marah sebab nak SUKA-SUKA waktu belum tersedar kononnya diri tu dibomohkan. Itu menda lama tak perlu diungkit. Memang...takperlu di ungkit sebab, kita ada padang Masyhar. Kenapa nak ungkit sekarang? Soalan akan dilemparkan di depan Allah SWT, manusia tu boleh sahaja menjawabnya. Kan?? Menda lama...lagi pula TAK MAMPU. Memang mahkamah dunia ni perlu mengambil masa yang lama, banyak prosedur, banyak muka-muka mengantok yang penipu nak kena tengok dan banyak sangat tak puas hati sampai kena repot sana sini. Sehingga ada yang rasa fed up, perlu ke lagi ke mahkamah ini ada yang rasa sudah putus asa kerana lama sangat. Macam lamanya flight dari Malaysia ke Korea. 7 jam perjalanannya. Tapi kalau bersabar mesti sampai ke destinasi tu. Tapi ada yang rasa macam, kenapa nak sangat merayu pada mahkamah dunia sebab di akhirat kelak suatu yang pasti. Cuma pihak tertentu kena ada sedikit kekuatan untuk percaya dan redha kerana hak mereka dipermainkan oleh manusia tersebut. Sebetulnya, pihak tertentu bukanlah terhegeh-hegeh sangat atau tidak mampu menagih duit hasil kerja naik turun tangga tepi laut tu, tapi lebih kepada "you have to learn a lesson lah bro". Selama ini pun sakit, susah senang anak dalam jagaan tu pun boleh dikatakan 5% je sumbangan dari manusia tu.

Manusia tu pernah berkata "orang lain pun bercerai jugak tapi tak pun macam ni. Move on, Get a LIFE bla bla bla". Memanglah orang lain bercerai, lelaki itu jalankan tanggungjawabnya. Lebih-lebih lagi anak dia tu perempuan. Diberi kos tempat tinggal, diberi peruntukan yang mencukupi seperti perubatan insuran, makan minum, duit susu, pakaian, permainan dan sebagainya. Dia tinggalkan pun dia beri kelengkapan secukupnya tanpa mengira RUGI atau TAK MAMPU. Semata-mata demi anak perempuanya. Janganlah ingat diri tu dah pusing kabaah lebih dari sekali walaupun menipu dengan Pegawai Sulh tu tak terlepas dengan SEKSAAN API NERAKA yang pihak tertentu tengah tunggu nikmat melihatnya. Kenapa pihak tertentu nak tunggu sangat? Tak puas hati ke, masih marah ke? Eh benda lama nak marah lagi? MOVE ON la wei! Sebenarnya itu hak kami. Hak kami ditetapkan oleh siapa? Bomoh? Bukan! Lawyer? Bukan! Diri sendiri? Bukan! Hak kami ditetapkan oleh ALLAH Subhanahu Wa ta'ala. Ingatlah SEKSAAN API NERAKA itu TIDAK TERKECUALI walaupun BERKOPIAH dan BERTUDUNG!

 Bayangkan bedilan yang diterima kelak

Bayangkanlah wahai manusia. Walaupun pada ZAHIRnya kamu boleh berkata "saya dah jalankan tanggungjawab saya. Tu... tak nampak ke dulu saya bagi RM200 sekarang ni RM300. Takkan nak RM3000 pulak sebulan. Melampau betullah. Rugi lah saya. Rugilah kalau tukang jaga anak saya tu lebih untung dari duit gaji saya yang penat kerja naik turun tangga di tepi laut ni".....Tapi ingatlah, memang peruntukkan RM300 diberikan, tapi jikalau peruntukan untuk anak baru yang dikandungkan tu yang TIDAK PERLU DNA TEST pulak membelanjakan RM301. Yer lebih seringgit je. Apa ada kesah. Eh seringgit je!!. Tunggulah HAZAB kamu di akhirat kelak. Tunggu anak ini akan tanya dimana kamu dari wujudnya dia di alam rahim hingga ke muka bumi ini. Ingatlah seringgit itu adalah umpama 1 bedilan yang kamu akan terima kelak wahai manusia. Bayangkan kalau perbelanjaan anak yang baru perlu peruntukan RM600-RM1000 seperti mana anak orang lain. Cuba buat kira-kira matematik. Kiralah bedilan yang kamu akan dapat. Kita buat pengiraanlah senang. Mari kita ambil paling busuk-busuk perbelanjaan seorang anak kecil, dengan susu, pampers, makanan, ubat-ubatan, barang mainan, pakaian, keperluan lain-lain dalam RM800. Dah lebih RM501. Jadi total bedilan yang manusia tu akan dapat 501 kali. "Alah...cakaplah apa kamu nak cakap, manusia tidak boleh membuat hukuman terhadap manusia lain". Eh memanglah, yang hanya menghukum tu Allah SWT. "Cakaplah berapa kali, tak rasa takot pun. Dekat dunia ni aku tengah senang. Apa ada kesah. Famili baru ni bahagia sangat sekarang". Memang ramai di dunia ni lupa, lupa tentang kematian. Lupa tentang azab kubur, lupa pula akan dibangkitkan di akhirat kelak. Waktu itu terima jelah bedilan. Tak susah apa. Waktu itu pihak tertentu merasakan segala penat lelahnya terbayar.

Ramai terkejut, MENGANDUNG jugalah bini manusia tu. Walaupun keputusan makmal beritahu begini dan begitu. Eh, teringat "dia mana boleh bagi orang  mengandung sebab dia mandul, tunggu mahkamah kita nak buat DNA Test". Kata orang tuanya. Tertanya betul ke anak sendiri? Entah-entah. Ooopps!! Yerlah pergi kerja, rupanya yang baru ni sebenarnya keluar ikut pintu belakang sebab tahu kunci dimana. Yang lama memang taktahu kunci pintu belakang dekat mana. Lari je ikot pintu depan kalau nak lari sangat. Ke..semenjak dari itu ambil ubat pil biji kecil yang warna hijau tu? Tapi bini baru ni mengandung. Itulah kuasa Allah. Ingatlah dugaan baru tidak akan berhenti. Malah berganda-ganda. Masih panjang perjalanan tu. Lihatlah pengorbanan seorang wanita sebagai ambil contoh pengajaran dari bini baru yang mengandung tu. Seorang wanita yang ditinggalkan tanpa suami serta fitnah dilemparkan sewaktu mengandung benih yang halal, dalam pantangnya dan rasakan bagaimana nak membesarkan anak. Ada terasa ke dalam hati tu? Terasa tak... bagaimana mula dengar degupan jantung anak di alam rahim? Cuba letakkan nasib anak lain yang teraniaya tu dalam anak yang baru tu. Tertanggung ke? Tuhan nak bagi contoh bagaimana yang seorang isteri mengandung, melahirkan, berpantang dan membesarkan anak didepan mata tu agar lebih kesedaran dan boleh membawa perubahan dalam diri seseorang manusia itu untuk lebih bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara. InsyaAllah!!. Bertuahnya anak tu ada bapa ada ibu bila lihat dunia ini. Tak sangka anak baru tu pasti terkejut dia ada darah daging lain yang menunggu untuk mendengar perkabaran sama ada yang baik atau buruk di masa akan datang. Mesti, cukup segalanya. Makan, minum, tempat tinggal, permainan, dan macam-macam. Tapi pernah terfikir, anak orang lain jaga tu dapatkah dia berasa gembira dan cukup ke seperti ini?

Wallahuallam.