10/01/2013

Fenomena Air Laut Merah Punca Kematian Setelah Makan Hasil Laut

Mummy terdengar dari Berita TV 1 semalam yang kini perairan laut di Sabah terkena fenomena air laut merah (red tides). Yang bole menyebabkan kematian sekiranya memakan makanan laut yang mempunyai cengkerang seperti kerang, ketam, udang, kekapis dan seangkatan dengannya.

Dilaporkan 2 orang telah menjadi mangsa dan beberapa lagi kes keracunan dari memakan hasil dari laut termasuk ikan di bahagian perairan Sabah yang terkena toxin.

Menurut sumber dari Akhbar, punca laut merah atau red tides ini adalah kehadiran mikrooragamisma yang dinamakan phytoplankton dioflagellate.

Apa yang Mummy paham, toxin ini tidak dapat dihapuskan dengan cara membersih atau mencuci makanan laut tersebut dan juga memasak dengan api yang kuat. Ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Hanya makmal perubatan yang dapat mengesan kehadiran toxin pada makanan laut yang terdedah pada toxin ini. Sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan memakan makanan bercengkerang kerana kita tidak tahu datangnya dari perairan mana.

Jika anda dah makan makanan laut dan terasa kebas, pening, muntah dan sesak nafas, sila dapatkan rawatan segera di Hospital dan Klinik Kesihatan yang berhampiran.


Sumber: Utusan

Sumber lain: TheBorneoPost