12/01/2013

Bil Rawatan Di Pantai Hospital Ipoh

Assalam dan selamat pagi semua. Apa aktiviti hujung minggu anda? Pasti korang semua ada plan bersama keluarga. Bagi Mummy, Alhamdulllah, Opah dah kembali pulang ke rumah hari Jumaat semalam. Opah masuk Hospital dari hari Ahad dan dirawat oleh Dr. Tan O.H.

Pada pendapat Mummy, Doktor Tan ini sangat detail untuk setiap penyakit dan dia cuba beri penyelesaian untuk setiap penyakit itu. Sebab selalunya Opah selalu mendapat rawatan dari Hospital Fatimah dari Doktor Wong yang agak pasif sedikit. Doktor Tan ni bila dia bercerita amat teliti, terperinci dan siap bagi contoh-contoh tertentu untuk bagi kami semua paham kondisi Opah sekarang ini.

Image: Google

Apa yang Mummy nak ceritakan di sini dan amat mengejutkan. Bil Hospital Pantai Ipoh yang dibayar semalam berjumlah RM 8000.00 ++ lebih. Terkejut kan? Memang agak kena tarik nafas panjang-panjang bila nak membayarnya. Adik beradik kumpul duit untuk menampung kos perbelanjaan Opah tu. Kita kenalah berfikir kerana duit bukan segalanya dan nyawa patut diselamatkan. Bil ini merangkumi pelbagai jenis test yang dilakukan di atas saranan Doktor, ubat-ubatan yang agak intensif dan juga bilik penginapan. Kos perubatan sekarang ini memang mahal dan itulah pentingnya kalau kita ada insuran perubatan. Opah memang tidak beli insuran perubatan dari dulu lagi. Yerlah orang lama kan mana ada beli-beli insuran ni. Itulah sekarang ni masing-masing perlu ada insuran perubatan untuk memastikan kita tidak susah di hari yang akan datang dengan bebanan yang begitu banyak. Nasib baik untuk Qashrin telah Mummy belikan insuran perubatan yang mempunyai investment link untuk masa depannya. Kos perubatan dia hari tu RM1600 lebih untuk 3 hari 2 malam dan Mummy hanya perlu membayar 10% dari total charge tersebut. Caj doktor yang mahal iaitu RM 820 dan selebihnya kos perubatan hospital.

Image: Google
Alat baru teman baik Opah untuk periksa tahap glukos dalam badan. Setiap kali pemeriksaan dijalankan, Opah kena mencatitnya di dalam buku kecil untuk penelitian oleh Doktor.

Penyakit yang berpanjangan seperti darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang perlu penjagaan yang rapi dari segi pemakanan. Dan juga pemerhatian amat diperlukan pada Opah sebab dia tidak kuat macam dulu. Penyakit 3 serangkai ni juga akan menyebabkan strok serta masalah jantung. Memang tak sangka. Segala ubat-ubatan telah ditukar serta merta mengikut tahap keberkesanan ubat terhadap tahap penyakit yang dihadapi oleh Opah. Jadi ubat lama yang kena di makan 2 kali sehari telah di kompress kan menjadi satu ubat. Iaitu 2 penyakit di dalam satu ubat dan hanya makan sekali sehari yang berfungsi 24 jam disebabkan Opah berkemungkinan akan lupa yang dia telah makan ubat tersebut. Jika dia terlupa nak makan satu ubat untuk waktu yang ditetapkan, keberkesanan ubat terhadap penyakit berkurang dan ini akan mendatangkan masalah pada kesihatan dan penyakit dalam badannya

Ubat yang diberikan oleh Doktor Tan ini adalah sehingga untuk Opah survived sehingga mana yang dapat usia Opah capai. Sedih jugak dengar penerangan Doktor pada anak-anaknya tentang kisah dalam badan Opah. Huwaaaaaaaaaaa =(

Xoxo
Mummy Akmar