31/01/2013

Berposing Gaya Duck Mouth Korean Style

Morning! Happy Thursday everyone! Kekekeke...happy sangat pagi-pagi ni. Nak cerita sikit pasal anak Mummy yang cute ni. Pagi ni Qashrin buat perangai lagi. Dia memang bangun pagi takde masalah sangat dan juga sampai ke sekolah. Bersemangat je nak ke sekolah. Tapi bila sampai je sekolah. Dia dah mula cakap "ichin nak Mummy, Mummy teman lah ichin, Mummy kerja sini". Bila Mummy nak keluar pintu. Mulalah dia meraung. Mungkin dia rasa seronok bila Mummy ada masa 3 hari orientasi awal dulu. Dia rasa selamat dan seronok bila Mummy ada.

Ceritanya dia ni kan suka sangat nak posing tangkap gambar style baru ni. Katanya Korean Style!!. Mummy rasa dia tengok kakak Maisarah dan Kakak Osha dia yang K-pop die heart fan tu kot. Gayanya mulut itik yang digayakan di antara tangan macam "peace". Okay..memang tak tahu senyuman jenis apakah ini. Ada sesiapa tahu? Kekekeke. Duck mouth/ mulut itik tu tahu lah. Mummy sendiri pernah nampak pelancong Korea bergambar masa di Universal Studio Singapore itu hari.


Gambar pag tadi ni.
Bersemangat ni tarik beg ke sekolah. Mummy nak pergi kerja meraung lah pulak.

Qashrin ni memang senang nak absorb atau ikot apa-apa yang di nampak. Mau baik atau pun buruk. Dia jenis cepat belajar. Ceritanya pulak, Qashrin tengah potty training. Waktu malam sebelum nak tidur, baru nak pakaikan pampers dia, tiba-tiba dia dah terkencing dulu. Terus dia cakap "mi dah basah". Mulut Mummy dan Opah membebel..."kan Mummy dah cakap nak kencing tu cakap lah dekat Mummy". Di toilet, dirikan dia di depan pintu, dia boleh nyanyi "maafkan diriku............" berkali-kali. Terus tersenyum Mummy yang tengah cuci-cuci seluar dia yang terkena kencing tu. Mana dia belajar? Dari lagu OST Setia Hujung Nyawa. Bukan lagu tu je dia boleh nyanyi, dia boleh nyanyi lagu Shea - "Sayang apa khabar dengan mu, di sini ku merindukan kamu" (katanya "ichin dengan lagu dari telepon mama achik"), lagu Nirwana - "Cukup cukup sudah, cukup sampai di sini sahaja", dan juga "Apo kono ejang, kau masam ajo, hari dah potang" Kekekekekek. Yup, itu sahaja patah perkataan yang dia boleh nyanyi. Tak lupa jugak lagu Rihanna - "Shine bright like a diamond"...... Gitu.......dan juga lagu iklan Windows 8 - "do what you wanna do, do what you want" .........Anak I ni boleh jadi penyanyi ke? Kekekekekeke......Banyak lagi lah lagu dia boleh nyanyi, lagu kanak-kanak tu memang dah fasih..twinkle twinkle little star, rain rain go away, eetsy beetsy spider dan macam-macam...Ek eh terpanjang pulak kan citernya. Okay jom tengok gambar posing Korean Style!

Pagi tadi sebelum ke sekolah, teman kejap Mummy beli breakfast. 
Posing gaya baru.

Gambar semalam ambil dia dari sekolah. Lagi posing macam tu. Takpaham betullah...

Okay, gambar yang cute ni, gambar awal bulan January 2013. Nak pergi tangkap gambar passport untuk sekolah dia. Happy sangat muka ceria kan...Posing Korean Style lagi ke? Ish ish

 Mummy cakap posing "peace" macam biasa lah. Barulah dia buat signature pose dia yang macam biasa tu.

Sekali, bila tangkap gambar. Muka blur yang dia buat. Jenuh suruh senyum...Kekekekeke

Semalam lepas sahaja balik dari Mahkamah Syariah Ipoh, lunch dulu dan terus ke Pusat Anak Permata Negara untuk penglibatan 4 jam bersama anak. Sampai-sampai je Qashrin tengah tidur. Mummy buatlah apa yang patut. Kemas-kemas, then mandikan anak-anak perempuan ni. Dan lepas mandi sorang lagi mama bantu untuk pakaikan baju mereka. 

Lepas sahaja buat penglibatan 4 jam, buat apa yang patut tu. Tengok Qashrin dah jaga. Hmm..baru perasan Qashrin sorang saja lengkap ada bantal, lapik bunker tu, comforter dan bantal busuk. Yang lain??? Malas nak komen kan. Waktu sebelum mereka jaga, semua tidur mengerekot macam ular sebab kipas no 4 laju jugak. Kekekeke ada ke ayat mengerekot? Hahahahaha.

Balik je dari sekolah, terus ke rumah abang kejap sebab nak amik Opah dari sini. Dinner dulu dekat sini. Tapi Qashrin dan Abang Azran dia ni main-main dulu. Qashrin ni pon menari boleh tahan jugak yer. Dari 6 bulan dia dah boleh menari lagu shuffling baby style gitu walaupon duduk sahaja dia boleh shuffling, lagu Oppa Gangnam Style pon ikot sebijik belum sempat rakam lagi. Dan juga lagu K-pop mengikut ajaran Kak Maisarah dia tu. Ada record video dia. Jangan nak nari atas podium sangat nanti ye Qashrin.

Budak-budak zaman sekarang ni memang advance. Bukan macam kita dulu-dulu. Kecik-kecik dah pandai buat macam-macam. Dah pandai meminta suruh belikan iPad dan juga PSP. Zaman kita dulu mana lah ada benda-benda macam ni. Dah memang kena didik dia pakai tudung dan didikan agama awal sedikit. Cepat terpengaruh jugak Qashrin ni. Risau pon ada tapi kadang-kadang seronok tengok perkembangan dia. Hehehehe.

Panjang betul Mummy membebel pagi-pagi ni kan. Hahahaha.. Okaylah selamat bekerja uolls...

Xoxo,
Mummy Akmar