21/01/2013

Alhamdulillah Syukur Qashrin Dah Discaj Hospital Pantai

Alhamdulillah syukur kehadrat illahi! Amin Ya Rab...Haa sampai begitu sekali mukadimahnya kan. Rasa lega sangat Qashrin dah boleh discaj dari Hospital Pantai hari ini. Total bil RM2000+++ dah hanya perlu di bayar 10% dari jumlah penuh tadi. Kena lah bayar RM224.00 tadi. Last week pulak RM167.00 gara-gara suspected H1N1.

Gigih betul kali ini punya admission. Qashrin kali ini buat macam-macam perangai. Taknak letak air di kepala sampai nangis dan meragam. Katanya "sejuk". Yerlah terpaksa jugak. Kalau ikotkan katanya memang tak kebah lah panas dia. Dari hari Rabu sampai Sabtu demam masih panas. Hari Ahad lepas barulah suhu badannya kembali normal. Tapi rashes atau ruam pulak naik. Doktor Kuldeep cakap memang normal kerana suhu badan yang terlalu panas turun, ruam akan naik. Macam-macamlah kamu ni Qashrin =( Kalau di kumpul-kumpul duit sakit kamu ni kan, Mummy dah boleh beli bag Coach baru lah! Uwaaaaa!


Gambar malam tadi last antibiotik. Muka, tengkok, badan naik ruam macam eczema je.

Demam kali ini memang dia buat perangai yang mengada-ngada. Taknak makan, tengah malam jerit "tanak Mummy", taknak mandi (Opah saja cakap apa yang busuk ni, Qashrin bole menjawab bau sampah kot Mummy, cerita tengahari tadi sebelum discaj) dan macam-macam. Betul-betul mencabar kesabaran Mummy dia yang tengah bendera merah ni. Kadang-kadang kena lepuk jugak dengan Mummy ni :( Kesian pon ada. Turun bawah belikan jugak coklat nak pujuk balik. Mummy pukul tapak kaki dia, ikot sunnah Nabi kalau nak mengajar anak, tapi kuat jugak kena dengan Mummy ni tapak kaki dia. Sebab geram! Grrrrrr!! Kadang-kadang terkena jugak tangan dia, mulut tu pon kena jugak kalau cakap bukan-bukan. Bila suap makan diluahkan balik...Tapi fikir balik dia kan tengah sakit tekak....Lepas tu, kalau dia marah, dia campak bantal busuk ke bawah. Kan ke kotor...Kena lagi dengan Mummy...Nangis je kerjanya sebab buat hal.

Nak mendidik anak pun penuh dengan kesabaran dan dugaan. Kalau ikot geram asyik lepuk je. Budak tu jadi macam punching bag pulak. Lagi dia jadi buat perangai. Ada satu hari tu Mummy dah tak tahan, Mummy amik cili padi, sapukan di bibir dia. Meraung jugak dia. Memang nampak perubahan. Dari pukul-pukul jadi biol pulak karang. Cili padi ni bukannya boleh mati pon kan. Dah banyak kali sebut "bodoh dan khinzir" Ini semua ajaran dari sepupu sepapat lelaki dia yang besar-besar tu dok cakap ayat-ayat ni bile kalah main game ke apa-apa ke...

Marah-marah macamana pon kami berdua. Tapi tetap sayang. Tadi Mummy tanya:

Mummy: Qashrin hari ni dah sihat ke? Dah okaykan...nak balik rumah tau hari ini...Qashrin nak apa?
Qashrin: Ichin nak vitagen, yakult, kit kat, nak honeystar...(suara lemah lembut slow je suara je)
Mummy: Itu je ke sayang? Nak apa lagi??
Qashrin: Hmm..Qashrin nak Mummyyyy
Mummy: Aloooorrrrrrrr! Sayang Mummy!!!!

Ada jugak kejadian kelakar. Doktor Kuldeep ni memang lawak. Ada ke dia ckp camni:

Doc Kuldeep: She's too dependent always call for Mummy
Mummy: Speechless sambil peluk Qashrin
Doc Kuldeep: I know your situation but you must teach her independent. Can not be like this all the time
Mummy: Why her skin got rashes, is this eczema doc..
Doc Kuldeep: No no..bukan eczema, its a reaction when the body temperature is too high, then dropped to normal, itu pasal jadi macam ni. Kalau saya explain medical terminology you akan pening kepala. Akan hilang 2-3 hari. (Hahahaha... cara cakap pon macam apa je doktor ni memang kelakar dengan tangan-tangan dia... )

Yerlah dia nak check tekak Qashrin, memang la menangis budak tu. Doktor Kuldeep ni dah la "hensem" semua budak tengok muka dia pasti nangis kan!! ish ish...
 Ada ke dia cakap macam tu, Qashrin ni baru 2 years old Doc....lain la dia 20 tahun. Kelakar betul bila diceritakan pada staff nurse dekat situ. Tergelak sampai keluar air mata diorang.

Dah discaj dari Hospital Pantai tadi, terus hantar ke rumah dan Mummy terus sahaja ke pejabat. Biarkan Qashrin rehat. Dia mesti rehat lagi 2 hari. Bagi dia stabil dulu. Tahu-tahulah sekolah dia pon paham-paham jerlah. Memang banyak pengalaman ada gembira, kelakar dan sedih yang penuh kesabaran dan cabaran. Nanti Mummy kongsikan di posting yang lain. Posting ni pon sure termengah-mengah korang nak baca kan..Sabar dan bersyukur jerlah maksudnya...

Xoxo
Mummy Akmar