24/12/2012

Zoo Taiping & Night Safari Di Hari Ahad

Semalam, masa bersarapan pagi bersama keluarga, kakak ipar Mummy tiba-tiba bagi cadangan bernas untuk ke Zoo Taiping. Bernas ke? Haha...Bukannya apa, Mummy sendiri belum pernah jejak kaki ke Zoo Taiping & Night Safari. Kalau ke Taiping tu boleh dikira. Rasanya semalam baru kali ke 3 jejakkan kaki ke sana. Lagi 2 kali tu pun masa kecil memang tak ingat kemana pun. Lepas sahaja bersarapan, kami bersiap-siap dan pakai baju senipis yang boleh.

Kami ke sana dengan satu kereta Ezora yang penuh padat. Tapi masih boleh bernafas. Heheh. Alhamdulillah, kami tidak sesat. Baru je keluar dari rumah masing-masing dah lapar. Rasanya keluar waktu itu pukul 11 pagi. Kami behenti di Perhentian di tepi jalan raya. Beli buah-buahan, nasi lemak kukus dan juga burger ramly. Makan lagi.

Qashrin dengan Abang Azran. Sebelum pergi dengan topi dan sling bag. Semua dia ambil sendiri. Masih je dalam kereta, semua tu dia suruh Mummy pegang. Ish ish

Sampai je di Zoo Taiping memang ramai betul orang. Kami hanya berjalan kaki dan tidak dapat nak naik keretapi yang disediakan kerana waiting time yang agak lama. Berjalan punya berjalan sampai berpeluh sampai sakit kaki-kaki ni dan diselang seli dengan berdukungkan Qashrin. Itulah puncanya sebab lama dah tak bersenamkan? Haha. Sampai hari ini sakitnya kaki ni. Sempatlah juga bergambar beramai-ramai menggunakan perkhidmatan fotografi di sana. Telefon pintar Mummy pun dah kehabisan batteri. Hanya sempat ambil gambar di dalam kereta sahaja.

 Sempat kami snap gambar berdua. 
Yang pergi 4 dewasa, 1 remaja, 3 kanak-kanak dan 1 baby.
Kereta Ezora ni memang teguh perkasa membawa kami naik turun bukit. Hihihi


Pada pendapat Mummy, Zoo Taiping ni biasa-biasa je. Keadaan agak tidak dijaga dengan rapi dan tidak mencapai apa yang Mummy jangkakan. Hmm...malas nak komen banyak-banyak. Sempatlah Qashrin tengok buaya, burung, monyet, gajah, zirafah dan lain-lain. Nak beli ais krim dan air pun, bila nak bayar kena beratur 2 barisan. Bayangkan? Terus letakkan sahaja balik.

 Sayang Mummy...

Dah abis melawat Zoo Taiping tu, kami keluar balik. Nak cari tempat makan pun taktahu di mana. McDonald's menjadi tempat paling selamat dan senang nak makan. Kami drive-thru sahaja, parking kereta di tepi dan makan tengahari dekat pukul 2.30 petang. Masing-masing dah tak lalu nak turun kereta. Ramai-ramai makan McDonald's secara berjemaah. Hahaha...

Sampai je rumah. Masing-masing memang penat. Nasib baik kakak ipar jemput datang je rumah dia untuk makan malam. Hari ini, kaki Mummy cramp dan badan pun rasa tak berapa sihat dan mengantuk tuhan saja yang tahu. Apa Mummy buat tadi? Mintak time off 2 jam dan Mummy ke spa & footreflexology untuk body massage dan foot rubs. Dan 1 jam makan tenghari tu di potong di situ. Bagi alasan migrain nak pergi jumpa doktor kejap walaupun mulut ni dok menguap tak henti-henti. Dapatlah merehatkan badan dan minda sementara amoi Beijing tu buat kerja dia. Total damage: RM70 Hahaha....Barulah rasa lega dan bermaya sedikit.

Xoxo
Mummy Akmar