23/12/2012

TOP 10 SELEBRITI IBU TUNGGAL HOLLYWOOD

 SHERYL CROW


Sheryl Crow dan Lance Armstrong bercinta beberapa tahun dan telah pun bertunang tidak lama kemudian. Tetapi hubungan mereka tidak panjang dan putus ditengah jalan. Walaubagaimanapun,  ini tidak menghalang beliau untuk membuat keputusan mengambil anak angkat yang bernama Wyatt Steven Crow pada tahun 2007.

LIV TYLER
 
Liv Tyler dan penyanyi Britain Royston Langdon telah mengumumkan perpisahan mereka pada May 2008. Liv sekarang sebagai ibu tunggal kepada anak lelakinya Milo William. Walaupun mereka telah berpisah, Liv dan Royston masih berkawan baik demi menjamin kemaslahatan anak tersebut.

MINNIE DRIVER

Minnie telah melahirkan anak ini pada 5 September 2008. Kelahiran anak ini dinanti-nantikan yang bernama Hentry Story Driver dan tidak pernah memberitahu kepada pihak media tentang siapa bapa kepada anak tersebut.

KATE HUDSON

Kate Hudson dan penyanyi rock Chris Robinson telah berpisah pada tahun 2006 tetapi masih rapat sebagai kawan demi anak lelaki mereka Ryder Russell.

DENISE RICHARD

Kini, Denise mempunyai 2 anak perempuan yang comel hasil dari perkahwinannya bersama bekas suaminya Charlie Sheen. Anak pertamanya berumur 4 tahun yang dikenali sebagai Sam dan keduanya berumur 3 tahun bernama Lola. Denise dan Charlie Sheen telah membongkarkan cerita kisah kehidupan mereka sebagai suami isteri dan mengalami penceraian yang amat dahsyat yang membuka aib mereka sesama sendiri.

PAMELA ANDERSON

Pammie mempunyai 2 anak lelaki, Brandon, 16 dan Dylan, hampir 15 tahun dan masih ragu-ragu dengan hubungan bersama bekas suaminya kerana beliau masih bersama dan berpisah berkali-kali (on and off) bersama bekas suaminya Tommy Lee

KATE MOSS

Kate adalah seorang ibu walaupun kadang-kadang beliau tidak menjalankan tanggungjawab kepada anak perempuannya Lila Grace, 10 disebabkan masalah penagihan dadah beliau. Bekas suami Kate, Jefferson Hack adalah seorang editor majalah.

JAMIE SPEARS

Bintang Teen Sensation, Zoey 101 iaitu Jamie Lynn Spears telah mengandung  anak luar nikah bersama pasangannya Casey Aldridge dan melahirkan anak pada umur 17 tahun kepada anak perempuannya Maddie Briann. Dikatakan mereka berdua masih mencari keserasian apabila mereka bersama dan putus berkali-kali.

BRITNEY SPEARS

Brit telah melahirkan dua anak lelaki, Sean Preston dan Jayden James hasil dari perkahwinannya bersama bekas suami Kevin Federline. Walaupun Britney tidak mendapat hak jagaan terhadap anak mereka disebabkan salahlaku moral beliau, tetapi Britney sekarang sudah dapat lebih banyak hak lawatan untuk bersama anak-anaknya.

SHARON STONE

Sharon dan bekas suaminya Phil Bronstein bercerai pada tahun 2004. Mereka telah mengambil anak angkat bersama iaitu Roan Joseph Bronstein, 12. Selepas daripada penceraiannya, Sharon telah mengambil dua  lagi anak angkat Laird Vonne Stone dan Quinn Kelly semasa beliau sebagai ibu tunggal kepada anak angkatnya yang pertama.