12/12/2012

Tips Pertama Kali Hantar Anak Ke Nursery

Hari ini adalah hari pertama Qashrin di hantarkan ke nursery. Antara nursery yang boleh Mummy kautim hantar dan bayar harian. Penjagaan anak dari 7.30 am sampai pukul 6.00 pm.

Malam tadi Mummy buat sedikit persediaan untuk Qashrin terutamanya barang-barang yang perlu di bawa tadi.



Malam tadi, dah makan malam di Kenny Rogers dinner bersama Opah sebelum Opah ke Sabah, Mummy beli barang seperti head to toe shampoo dan body bath dan tidbits untuk Qashrin. Mungkin Mummy boleh berkongsi sedikit tips barangan yang boleh anda sediakan sekiranya pertama kali menghantar anak ke Nursery. Ini lah list barangan yang panjang jugaklah Mummy rasa tapi yang penting keperluan anak terjaga:

1. Towel
2. Bedak
3. Minyak angin
4. Sabun mandi dan syampu 2 in 1 (senang sikit)
5. Sikat
6. Pampers
7. Losyen badan
8. Vaseline
9. Blanket
10. Bantal kepala
11. Bantal bucuk (optional)
12. Botol susu
13. Flusk air panas
14. Botol air masak
15. Susu formula
16. 2 pasang baju pakaian harian
17. 1 pakaian tidur
18. Teddy Bear/ Anak patung

Untuk Tidbits pula Mummy bekalkan
1. Choc waffer cadbury Zip
2. School pack Honey Star Cereal
3. Biskut

Tadi, selepas solat subuh, lepas Mummy mandi terus gerakkan Qashrin. Cakap dekat dia yang hari ini dia akan pergi school. Dia pon cakap, "Mummy beg sekolah monkey ichin kena bawak" terus dia bangun dengan mamai muka pergi cari bag sekolah yang ada gambar monyet yang dia baru dapat semalam dari Mama Oya. Barang baru memang berkepit lah. Mummy bawakkan teddy bear sebab dia selalu buat teddy bear, minnie mouse dan lain2 doll yang ada sebagai anak dia. So, takot nanti dia nak companion. Untuk tidbits pula, incase dia nangis ke apa, bolehlah cikgu dia kasi ubat penenang. Ewah...Hahaha. Mak nya pulak over kan. Yerlah langkah berjaga-jaga kena ada jugak. Maklumlah pertama kali berjauhan dengan Mummy dan Opah. Sedih jugak tadi tinggalkan dia di situ. Salam-salam dan kiss-kiss dengan Mummy dan Opah. She is so well behave. Tak nangis dan macam biasa akan buat muka blur dia.

Dalam pukul 9pagi tadi, cuba telefon teacher dia Ms Rose, dia cakap "she is all fine, she just refuse to talk". Mungkin teacher speak English dan tempat yang baru. Mummy just risau dia nangis ke apa. Terdengar suara kanak-kanak lain yang sebaya dia tengah seronok bermain. Mummy harap Qashrin cekal dan tabah serta boleh belajar sementara tinggal di Nursery tu. Alhamdulillah...


Xoxo
Mummy Akmar