01/12/2012

Resipi Durian Crepe Ipoh Style


Weee...Akhirnya menjadi juga projek Durian Crepe di hujung minggu bersama anak dan famili. Aktiviti memasak bersama Qashrin ini adalah satu terapi untuk kepenatan bekerja serta dapat menikmat Durian Crepe yang sangat lazat ini. Lepas sahaja makan tengahari tadi, sanggup Mummy dan kakak mencari durian sebabnya durian yang ada dalam peti ais dah 3-4 hari. Nak buat dengan durian yang segar. Pakcik tu jual RM12 untuk 10 biji durian. Murah sangat....



Sebenarnya ini adalah kali kedua Mummy buat Durian Crepe ini. Resipi pertama Mummy cuba dan buat selepas membuat posting INI. Kira trial dan error. Nasib buat separuh bancuhan dan crepe nya tebal. Kira macam tak menjadi sangat. Bila lipat, permukaan sudut menjadi merekah. Memang tebal dan muak bila makan. Resipi crepe yang tebal tu hanya pakai tepung gandum, santan, air, telur, esen vanilla dan pewarna.

Kali ini Mummy menggunakan resipi yang menggunakan tepung ubi, tepung gandum, tepung jagung, susu segar, air, telur, esen vanilla, pewarna kuning telur resipi dari blogger IzahDaut yang berkongsi resipi. Bila Mummy buat bancuhan dari resipi itu, Mummy tengok agak cair dan terus Mummy tambah lagi tepung gandum. Mulanya buat separuh bancuhan sahaja. Lepas tu bila dah buat tak cukup pulak. Terpaksa bancuh lagi satu adunan.


Jadi, Mummy buat lagi sekali bancuhan mengikut kepekatan yang Mummy rasa ideal seperti resipi di bawah ini:

Crepe:
6 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung jagung
200 ml susu segar
150 ml air (agak-agak jangan terlalu pekat atau cair)
2 biji telur
1 sudu besar mentega dicairkan
esen vanilla
pewarna kuning telur.

Inti:
Durian
Fresh Cream

Cara-caranya:

1. Campurkan semuanya sekali. Mummy pakai whisker jer dan tapis. Geleng kan di atas pan non stik.

2. Dah siap semuanya, pukul fresh cream sampai kembang.

3. Mulakan mengisi filling di atas kulit crepe tu dan lipat macam dalam gambar di bawah.



 Ini hasil dari resipi kedua. Pakai 3 jenis tepung. Ada jugak resipi yang letak sekali tepung kastard. Tapi sebab tepung kastard takder, Mummy ommit kan sahaja.

 Dekat 30 keping crepe Mummy geleng sendiri. Penat jugak ni. 

 Lipat jadi bantal mcm ni. Letak dalam petis ais lagi sedap di makan.

 Fresh cream ni Mummy letak icing sugar sikit sebab kulit crepe tu tak letak gula.

Ini lah hasilnya Durian Crepe. Memang sedap. Qashrin pon suka! Berbahagi tadi dengan kakak dan kakak ipar.


Memang sedap sekali. Nyumnyum! Dapat lah dekat 30 durian crepe dengan dua bancuhan tadi. Crepe dia nipis, rasa segar buah durian dan juga fresh cream yang macam aiskrim.

Selamat mencuba!

Xoxo
Mummy Akmar