01/12/2012

Resipi Candy Cane Coklat Berbentuk Hati


Disember muncul lagi!! Semestinya semua akan tahu  yang kita akan bercuti samada perayaan ataupun menyambut tahun baru.

Di Malaysia sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan bangsa menyambut 4 perayaan utama iaitu Hari Raya Aidilfitri, Chinese New Year, Deepavali dan juga Hari Krismas. Ewah..tertiba semangat patriotik.

Bukannya apa, Mummy nak berkongsi satu idea yang sangat menarik yang Mummy jumpa di blog My Life - My Loves. Sesuai untuk panduan bagi yang menyambut Hari Krimas macam blogger Donnyien. Anda juga boleh membuatnya semperna majlis yang lain mengikut kesesuaian.

Mungkin juga ia boleh di buat bersama keluarga dan anak-anak kerana membuat Candy Cane Hearts ini sangat seronok dan senang.

Bahan yang diperlukan:

1. Candy Canes saiz kecil
2. White and Milk Chocolate
3. Manik-manik taburan
4. Kertas minyak




Cara-caranya:

1. Bukakan pembungkus candy cane dan letakkan di atas kertas minyak seperti bentuk hati (heart)
2. Cairkan coklat di dalam gelombang mikro atau kaedah double boiler
3. Cedukkan coklat cair dengan sudu ke tengah-tengah candy cane yang berbentuk hati seperti gambar di atas. Gunakan sudu itu untuk menolak masuk coklat cair di penjurunya.
4. Hiaskan dengan manik-manik berwarna warni dan biarkan dia sejuk dan mengeras.


Mesti anak-anak suka membantu anda membuat candy cane hearts ini dan suka memakannya. Selamat mencuba.

Xoxo
Mummy Akmar