04/12/2012

Rawatan Spa Kecantikan Di Rumah: Revujinasi Kulit Dengan Betik

Cerahkan kulit anda yang lembut dengan betik. Betik mempunyai enzim yang dapat membuatkan kulit anda licin dan cerah. Lakukan langkah di bawah dan anda boleh keluar berjalan-jalan dengan kulit yang bersinar.

Image: Google

Pencerah Kulit Dengan Betik

Bersikan kulit anda dengan baik

Renihkan air sehingga mendidih

Sementara menunggu air mendidih, lenyekkan 1/2 betik saiz kecil sehingga menjadi pes

Letakkan air mendidih ke dalam mangkuk dan letakkan muka anda ke arah stim air mendidih tadi sambil ditutup dengan tuala. Laraskan kepanasan stim mengikut keselesaan muka anda.

Stimkan muka selama 5-8 minit.

Kemudian, sapukan pes betik ke kulit muka. Elakkan terkena di mata anda

Baring dan rehat selama 5-10 minit

Anda akan rasa segar dan cuci muka anda. Sapukan pelembap muka dan anda sedia untuk keluar.


Selamat mencuba!

Xoxo
Mummy Akmar