07/12/2012

Rawatan Spa Kecantikan Di Rumah: Resipi Perapi Rambut Natural

Ini adalah resipi mudah untuk menghasilkan rawatan dengan perapi rambut yang akan memberikan rambut anda lembut dan licin. Lemak dari Avocado and krim putar adalah dipenuhi dengan emolien yang cepat menembusi rambut, manakala madu mengekalkan tahap kelembapan kulit kepala anda. Ini akan membuatkan rambut anda tidak terlalu kering a tau terlalu berminyak dan juga bertindak sebagai agen antibakteria semulajadi. Resipi ini sangat mudah dan lebih kurang macam Guacamole yang boleh di sapukan di antara lapisan burger di atas lapisan grill daging. Memang sedap!


Image: Google

Perapi Rambut Semulajadi Avocado

1 Buah Avocado di buang kulit dan di potong saiz besar

2 sudu besar heavy cream

1 sudu kecil madu


Campurkan semua bahan-bahan ini di dalam blender. Sikatkan adunan tadi di kepala yang sudah di bersihkan. Balutkan kepalada dengan plastic atau shower cap dan balut semula dengan tuala. Biarkan rambut bersama bahan tadi selama 15 minit dan sambil tu bolehlah melayar internet menggunakan telefon pintar anda. Selepas itu cuci bersih. Lihatlah hasilnya.

Selamat mencuba!

Xoxo,
Mummy Akmar