13/12/2012

Qashrin Pertama Kali Ke Nursery: Update Dari Nursery Part 2

Update Hari Kedua Dari Nursery pada pukul 10.30 pagi tadi.

Alhamdullilah hari ini dapat positif feedback dari Ms. Rose. Anak Mummy tu dah mula bercakap, bermain...yang paling best sekali Mummy dapat bercakap dengan Qashrin melalui telefon tadi. Bersyukur sangat disebabkan teknologi yang terkini lagi canggih dapatlah ibu dan anak berhubung melalui smartphone memang sesuai untuk kehidupan ibu yang bekerja.

Mummy: Hello Sayang..Mummy ni
Qashrin: Mummy dekat mana?
Mummy: Dekat office. Nanti Mummy amik ichin eh..
Qashrin: Mummy work ke?
Mummy: A ah sayang...jumpa nanti yer Bye.. I love you
Qashrin: I love you.

Suara Ms. Rose pun gembira je sebab perubahan ketara oleh Qashrin dah nak bercakap dengan dia. Alhamdullilah. Qashrin memang anak yang mudah di jaga!! Wah siap ada tanda seruan. Maksudnya takder yang jenis menangis meraung taknak pergi ke sekolah. Nangis nak ikut balik dan sebagainya.


Image: Google

Mummy pun update citer dekat Opah, tergelak Opah dengarnya dengar perubahan Qashrin. Dia pun rasa bersyukur sangat, senang betul Qashrin, anak yang baik tak banyak hal. Opah pon dah selamat sampai Sabah duduk di Hotel Hyatt. Sian ichin dok cari Opahnya.

Okaylah setakat ini lah update-update cerita nursery ni. Esok nak citer lain pulak. Nanti boring pulak pembaca blog Qashmere ni kan. Petang ni ingat nak ke Tesco Extra Foodcourt, order sup sayur takde ajinomoto untuk Qashrin (siap customade lagi Hihihi). Nak memasak dekat rumah sebesor tu tak larat ler pulak. Dah makan-makan boleh balik rehat jer...

Tak sabar nak tunggu 1 jam lagi nak ambil Qashrin. Rindunyeeeeeeeer!

Xoxo
Mummy Akmar