12/12/2012

Qashrin Pertama Kali Ke Nursery: Update Dari Nursery

Dari pagi, lepas hantar Qashrin terus sahaja ke pejabat. Hati bertambah risau bila telefon pintar Mummy ni tak berfungsi sebab bateri dah abis. Nak call pakai telefon pejabat pulak, blackout sampai pukul 9. Tengah ada buat apa entah. Perkara yang best adalah takyah nak buat kerja (Hahaha) tapi dalam hati risau gundah gulana Qashrin camne agaknya. Nasib baik dekat pukul 9 pagi tu dah ada letrik macam biasa.

Update dari Nursery..

9 pagi:

Mummy: Hello Ms. Rose. How is Qashrin?
Ms. Rose: Ooo she is well behave.. she is all fine. She just refuse to talk.
Mummy: Heheh. I see..Just want to check whether she is fine or not. Has she slept yet?
Ms. Rose: She has not sleep yet. Playing with others.
Mummy: Okay okay. Thanks Ms Rose. Bye
Ms. Rose: No problem. Bye..


12.00 tghari: 

Mummy: Hi, Ms. Rose. How is my daughter?
Ms. Rose: She is okay not cry at all
Mummy: What time she takes bath just now?
Ms. Rose: Ooo she just had her shower just now..
Mummy: Oo quite late..
Ms.  Rose: Because this morning we had birthday celebration for one of the kid, so today a bit late.
(Dalam hati, baik mandi kan je dia awal pagi tadi, tapi rasa lega sebab mesti Qashrin suka bila ada nyanyi2 lagu birthday. Tu lagu feveret dia.)
Mummy: Has she slept yet since this morning? and Has she ate for lunch?
Ms. Rose: Not yet sleep and she just had noodle soup. She ate alot and finish 1 bowl of noodles. She likes to eat (giggling)
Mummy: (Tergelak Mummy). Yeaaa! She likes to eat!! Hehe..Can I speak to her, please put the phone to her...
Ms. Rose: Hold on yea. Where is she....Talk to your Mummy..Hello Mummy......
(Okay nasib baik dia macam cari-cari Qashrin, ingatkan Qashrin membeku je. Hahaha)

*********
Mummy: Assalamualaikum...Hello Qashrin sayang..
Qashrin:......
Mummy: Okay ke dekat sana? BE good girl okay, listen to teacher and play with friends.
Qashrin:......
Mummy: Nanti Mummy balik kerja, mi amik ichin yer. I love you sayang
Qashrin:.......

Bunyik cengkerik. Sepatah pon tak dia cakap. Kalau tak mulut tu sebecok yang boleh.

Image: Baby using smartphone

Lepas tu teacher sambung cakap dengan Mummy

Ms. Rose: She just staring at me..not saying anything.
Mummy: Yes..She just adapting now. But most importantly she is not crying. Hehehe. Okay thanks Ms. Rose...Bye
Ms. Rose: Bye...

Update sampai camni sekali. First time katakan. Haha...esok-esok nanti Qashrin dah besar boleh dia baca first time pergi Nursery. Cuma gambar pulak tak sempat nak snap. Pagi tadi battery telefon pintar dah jadi tak pintar sebab bateri dah abis. Huhuhu....Bila bercakap dengan Qashrin tu, dia diam je. Risau jugak. Nak tahu sangat isi hati dia. Suka ke, takot ke, marah ke...Tapi makan tetap makan yer...Mesti teacher tu cakap, paranoid nya mak budak ni. Banyak kali tanya dah tidur ke tak. Dia tu kalau ada Mummy nya, kadang-kadang time dia nak tidur, dia buat perangai sikit. Kadang-kadang je. Mostly memang dia pergi je ke bilik ambil bantai terus lena tidur. Cuma risau tak nak susahkan orang lain. Heheh...Tak sabar nya nak tunggu jam pukul 5 petang lepas tu ambil dia. Malam ni kita makan McDonalds yer

Rindu Qashrinnnnnnnnnnnnn! Muuuahhhhhss

Xoxo,
Mummy