10/12/2012

Qashrin Buat Peneman Mummy

Salam sayang buat semua! Hari Isnin?? Aduidui...rasa macam nak sambung cuti lagi ye tak. Hehe

Rasanya dah lama tak update blog. Busy sikit atau erti kata lain mood nak update blog dah ke laut. Nak kena pergi pancing balik ler nampak gayanya. Bila jadi blogger ni, rasa kena konsisten jugak yer. Nak tangkap gambar, upload, baca cerita yang sensasi dan di kongsikan. Semata-mata nak raih pembaca dan pelawat datang ke blog. Susah juga...Hehe

Minggu ini, buat pertama kali Mummy akan bersama baby Qashrin sahaja dari Selasa hingga Ahad. Kerana Opah dan Atok akan ikut Ayah Yob ke Sabah bercuti. Bukan tak benarkan bawak Qashrin, tetapi kesiankan Opah nak menjaganya. Memang penat kalau travel dengan anak kecil. Nak angkut stroller pon dah masalah berat juga. Nanti Ayah Yob pulak nak kena dukung Qashrin ke hulu ke hilir. Lagi pon tentatif perjalanan mereka itu agak mencabar juga. Nak ke kaki bukit Gunung Kinabalu, nak melawat Taman Air Negara, dinner lewat malam dan rasanya memang tak sesuai untuk Qashrin. Mula tu cuba juga nak beli tiket flight untuk kami berdua, tapi dah last minute mahal pulak tiketnya. Sememangnya, Mummy dah tak boleh ambil cuti samada MC atau UNPAID sebabnya dah terlalu banyak ponteng dah. Huhuhu. Mana tak nya, sekejap ke Cameron Highland, cuti ke USS lagi dan lain-lain.


Image: Google

Jadi, kali ini Qashrin kena menemani Mummy. Alhamdullilah, segala kerumitan dapat diselesaikan kerana dapat cari nursery yang boleh menjaga Qashrin secara harian. Qashrin paling excited sebab asyik nak cakap "nak pergi school" tak berhenti-henti. So, before pergi kerja, hantar Qashrin ke situ dahulu, then ambil dia balik tidur di rumah. Kena berdikari sedikit kerana masing-masing ada hal keluarga sendiri. Lagi pun tak lalu nak angkut barang-barang ke rumah lain. In sha Allah takde apa-apa kot (walaupun Mummy ni jenis penakot tinggal sorang) Hehehe. Qashrin tu kadang-kadang mata dia tu boleh jugak nampak menda yang Mummy tak nampak. Takperlah takyah fikirkan...

Okaylah nanti kalau dah dapat mood nak berblogging ni, Mummy share lagi info menarik. Bye

Xoxo
Mummy Akmar