17/12/2012

Pergi Salon Potong Rambut Anak Di Hujung Minggu

Assalam dan selamat sejahtera semua kepada pembaca blog Qashmere. Lamanya rasa tak update blog ni. Rindu pun ada tapi masa, mood dan kerajinan menentukan segalanya. Hahaha~

Alhamdulillah, hari ini hari ke 5 Qashrin pergi ke nursery. Rasanya Qashrin dah mula paham keadaan Mummy dia kenapa dia kena bangun pagi-pagi pergi sekolah. Pagi tadi dia buat muka blur dia lagi bila Mummy cakap "Byebye Qashrin, nanti Mummy amik, kiss sket, good girl" (dengan nada excited). Tetapi muka dia tetap blur. Tak membantah, tanda terpaksa lah tu atau akur dengan keadaan. Seperti biasa, dia menjeling Ms. Rose. Mummy tahu sangat dia ikot siapa mata jeling-jeling ni.

Mummy nak berkongsi aktiviti hujung minggu serta pengalaman membawa Qashrin gunting rambut di Salon. Ini bukan pertama kali, tapi kali ketiga. Selalunya, rambut Qashrin akan di-trim oleh mak dia yang kreatif ni. Kebiasaannya masa waktu sebelum mandi petang. Jenuh jugak nak handle dia ni kalau time gunting rambut di rumah. Bila Mummy gunting rambut dia, ada jer suara-suara lunak merdua kata fesyen macam itu dan ini. Lagi pun Mummy malas sikit nak bersih-bersihkan kalau lepas gunting rambut. Senang je bawak dia ke Salon rambut dekat rumah ni.

Kali pertama potong, masa tu Qashrin berumur 1 tahun, jenuh betul sebab dia nak dekat Mummy. Last-last potong rambut dengan baju je di kedai salon tu. Kali kedua pula di kedai yang sama, tapi Qashrin lebih terkawal. Diam sahaja. Alhamdullillah tempat ketiga ni salon yang lain, dia lagi mudah dikawal. Erti kata lain, tak banyak kerenah.


Jom tengok gambar di bawah:

 Sebelum rambutnya di potong. Serabai lebat. Dari sehari ke sehari nak potong tapi takde masa. Sian dia kena balut camni. Muka diam je. Tengok tu mata menjeling..

 Menunggu dengan tabah sangat nih. Hahaha...Jenuh bercakap-cakap dengan dia. Muka blur je dia buat. Cakap pon tak. Maknanya tak berapa berkenan dihati tapi terpaksa kena lalui lah tu

Alaa..tomei Mummy...tengah bersabar....

 Hihihi...

 Jenuh akak ni nak potong. Kepala kejap kiri kanan...

 Mata dah mengantok sangat. Lama jugak potong rambut Qashrin ni. Dari pagi tadi dok main tak tidur...Dah kena aircond sejuk, mata pun dah kuyu..

<3

 Pejam mata...kalau dekat rumah ni, susah nak kawal...

 Bersabarrrr kejap lagi siap! Dahi jendul berpusar ditengah tu kena cover sikit dengan fringe!

Dah siap dah........dah tak sanggup duduk diam, dia angkat nya pelapik tu. Ini lah hasilnya. Macam topi keledar pun ada. Rambut ni potongan macam bob-cut sikit. Takperlah janji rambut tu senang nak diurus dah trim. Ramai cina cina amoi datang dekat dia....tanya umur lah, tanya macam-macam..

Bila dah potong rambut, che che ni bagi gula-gula. Memang suka sangat lah Qashrin tu dapat gula-gula. Dah abis potong baru ler nak lambai tangan tu. Kalau tak duduk tegak mendiamkan diri...Huhuhu

Xoxo
Mummy Akmar