31/12/2012

Memandu Dalam Hujan Ke Hospital Pantai Ipoh

Lepas tulis posting tadi dan siapkan kerja yang mana patut di pejabat ni. Tak sangka cepat betul pukul 12 tghari. Tak perasan tu kerana hujan dari pagi dan cuaca yang mendung. Tepat pukul 12 tghari, terus sahaja ke Hospital Pantai, Ipoh ambil ubat Qashrin. Disebabkan hujan agak lebat juga mulalah kesesakan lalulintas. Jenuh jugak pandu agak laju nak kejar masa. Nasib baik lah boleh guna khidmat jockey untuk parking kereta. Kalau tak, tak tahu mana nak park kereta sebab semuanya penuh.


Lengkap amik set ubat: Demam, 2 botol ubat untuk legakan pernafasan, ubat kahak, dan selesema

Pagi-pagi lagi dah telefon Klinik Dr. Kuldeep untuk sediakan ubat batuk, kahak, selesema dan demam. Siap extra note "kahak yang teruk" Hahaha. Supaya doktor akan paham sikit keadaan Qashrin. Kebiasaan, semenjak Qashrin berumur 2 tahun, Mummy akan ambil ubat dulu, dan keadaan selalunya akan baik jika sebaliknya, terpaksa lah Qashrin admitted. Tapi, setakat ini selalunya sembuh lepas kena ubat doktor pakar ni.

Dah ambil ubat, terus drive ke rumah Mama Oya (kakak ipar) untuk lunch di sana. Hari ni semua adik beradik yang ada di Ipoh akan berkumpul di sana sebab nak makan-makan semperna New Year. Qashrin dan Opah dari pagi dah di sana. Dah lunch, terus suapkan Qashrin ubat. Tengok keadaan Qashrin memang okay dan aktif sebab demam dah tiada. Yang merisaukan adalah batuknya. Batuk yang tidak dirawat akan jadi Bronchitis/radang paru-paru. Kalau dah jadi macamni, solusinya duduk di Hospital je.

Mummy berharap Qashrin sembuh cepat dan ingatlah jasa dan susah payah Mummy membesarkan Qashrin. Walau apa keadaan sekali pun, Mummy akan tetap berusaha dan cuba memberikan yang terbaik untuk Qashrin. InsyaAllah

Semoga dengan ubat ini, Qashrin sembuh. Amin......

Xoxo,
Mummy Akmar