18/12/2012

Makan Malam Di Royal Golf Club Ipoh

Good Morninggggggg! Hari ini hari ke 7 Mummy dan Qashrin survived berdua-duan. Hehehe..Opah dah selamat sampai KL hari Ahad malam dan akan pulang ke Ipoh Rabu ini. Dari hari Khamis minggu lepas, Mummy sebenarnya tidur di rumah abang sebab, nak kena tolong jaga anak dia. Alang-alang dah tidur sana, terus tertidur sampai ke hari ini. Memang hajat taknak berpindah ke sana dan tinggal je di rumah sendiri. Tapi hari tu, dia mintak tolong belikan makanan malam untuk anak mereka. Anak-anak dia pon jenis berdikari sebab ibu mereka bekerja sebagai pramugari dan abang pula kadang-kadang terpaksa ke Kuala Lumpur. Kesian pulak nanti mereka, dah lepas amik Qashrin dari nursery, ingatkan nak makan di Tesco sahaja tetapi terpaksa pulak ambil baju terus sahaja ke rumah mereka. Sebab Mummy memang nak makan awal, dan lepas tu takpayah nak keluar malam-malam sebab kawasan rumah Mummy tu sunyi malam-malam.

Walaupun mereka bertiga ni cuti sekolah, Mummy tetap menghantar Qashrin ke nursery. Risau pulak kalau mereka yang jaganya. Jadi, dari hari Khamis sampailah hari ini, Mummy bersama mereka bertiga. Ada hari Mummy masak dan selalunya keluar makan. Malam tadi, Pak Nek ajak kami ke Royal Golf Club Ipoh untuk makan malam di sana. Aduidui...macamana nak DIET ni? Haha....

Hari Ahad sebelum ini, siang tu makan Kari Kepala Ikan Salim Jalan Kampar di malam hari pulak steamboat dinner di Johnny's. Nanti Mummy update gambar malam di Salim Jalan Kampar!. Semalam pulak dinner di Royal Golf Club. Semua Pak Nek belanja. Heheh Terima kasih....Agak-agaklah menu semuanya berkalori tinggi dan juga portionnya agak besar. Taktahu nak sedih or gembira ni? = P~

Jom tengok gambar di bawah:-

 Pak Nek memang dah ada di sini dan tengah makan dengan partner dia. So, Mummy bawak angkatan ni seorang diri. Qashrin pakai je baju tidur senang balik karang terus boleh baring je. Setiap level, setiap restoren dan sudut ada Christmas Tree. Marissa pulak pergi tuisyen. Di nak Pineapple Fried Rice je.

 Ini pula menu Maisara, kuetiow goreng takde kerang takde sayur. Ratu kuetiow goreng.

 Si kecil ni memang forever excited semua nak buat sendiri. Selalu jugak argue dengan dia. Dia cakap tu orange, Mummy cakap lemon. Dia cakap orange...Sekali dia pegang dan dia cium bau tangan tu bau lain. Haaa, kan dah cakap lemon...

 Muka happy lepas berdebat dengan Mummy. Haha...

 Azran pula makan spaghetti bolognese share dengan Qashrin.

 Frust sangat sebab lapar. Mummy order spaghetti carbonara, waitress bagi some green slimy thick spaghetti. Rasanya macam spaghetti tu ada bayam dalam tu kot. Tak sedap!. Terus mintak tukar. Rupanya salah chef sendiri silap dengar. Aiyooo.

Yeay...Mummy paling terakhir sekali makan ni. Takperlah yang penting dapat suapkan Qashrin makan spaghetti banyak dengan Azran. Itu pun bawak balik separuh lagi sebab banyak sangat. Mummy punya pulak, licinsss! Haha....

Memang agak mencabar kalau pergi bawak budak-budak di awasi oleh seorang ibu. Macamana agaknya seorang ibu tunggal handle situasi macam ni kan? Nasiblah Mummy ni ada seorang anak pun, memang penat nak menguruskannya tambah lagi urusan kerja dan lain-lain. Semalam, nasib kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan. Nasib baik tangan Qashrin tak terkepit pintu. Dia letak tepi tu, Maisara pulak masuk terus tutup tanpa tengok. Berderau jantung Mummy. Huhuhuhu...Memang kena lebih berhati-hati bila ada anak kecil. Macam-macam perkara boleh terjadi. Kena lebih peka dengan keadaan semasa. Perkara yang lebih perlu diawasi semasa nak melintas kereta. Budak-budak ni memang takkan dengar kata. Termasuk Qashrin, kalau boleh nak berjalan tu tanpa pegang tangan. Nak berjalan ikut suka hati je. Ada plak team mate macam Azran. Belari ke sana ke sini. Sabar jelah! Pheww~

Xoxo
Mummy Akmar