27/12/2012

KWSP Benarkan Pengeluaran Haji RM 3000


Ini adalah suatu berita baik atau mungkin sebaliknya buat semua. Mulai Januari 2013, ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kini boleh mengeluarkan duit untuk menampung kos untuk menunaikan ibadah haji sebanyak RM 3000 dari akaun 2 mereka setelah menerima surat menunaikan haji daripada Lembaga Tabung Haji.

Pengeluaran haji RM 3000 ini adalah pengeluaran akaun 2.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi KWSP, Datuk Ibrahim Taib dalam satu kenyataan beliau, permohonan mudah tanpa perlu mengisi borang itu boleh dibuat ahli berumur kurang 55 tahun.

Pengeluaran ini hanya boleh dibuat sekali seumur hidup dan hanya layak bagi mereka yang tidak mempunyai simpanan yang cukup di Lembaga Tabung Haji.

Bagi sesiapa yang berminat untuk membuat permohonan pengeluaran haji itu, ahli yang yang layak boleh berkunjung ke cawangan KSWP dengan mengemukakan kad pengenalan, surat tawaran dan buku akaun simpanan tabung haji yang telah dikemaskinikan.

Ahli juga diingatkan supaya mengemukakan permohonan selewat-lewatnya tiga hari bekerja sebelum tarikh akhir menjawab pengesahan menunaikan haji seperti yang ditetapkan LTG

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.kwsp.gov.my atau hubungi talian 03-8922 6000 (pusat panggilan KWSP)

Sumber: Berita TV3