20/12/2012

Kemasukan Pusat Anak Permata Negara Januari 2013

Alhamdullilah, pagi tadi Mummy dapat satu panggilan dari PERMATA. Apa itu PERMATA? Nanti Mummy ceritakan. Pada awalnya, Mummy pon tak tahu wujudnya Pusat Anak Permata Negara ini yang dekat sangat dengan rumah Mummy yang rupanya dah dirasmikan sendiri oleh Y.A.Bhg Datin Seri Rosmah Mansor pada tahun 2010. Jarak rumah dengan PERMATA hanya kurang dari 3km.



Info ini Mummy dapat semasa buat cucian rambut di kedai Nyonya dekat rumah Mummy tu. Kami bersembang-sembang sehingga tercerita lah sedikit latarbelakang Mummy ni. Terus dia ceritakan kewujudan PERMATA ini. Peruntukan bagi untuk anak Ibu Tunggal lebih diutamakan. Mummy ingat sebuah banglo yang dihiasi dengan swimming pool, playground dan agak impresif juga kemudahan itu untuk anak-anak istimewa.


Apa itu PERMATA?
Secara ringkasnya, Projek Perintis PERMATA Negara ini datangnya daripada Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor bersama kumpulan beberapa orang profesional dalam pelbagai bidang, kepakaran dan latar belakang bahawa proses pembentukan insan yang cemerlang seharusnya dimulakan sejak awal lagi.

Dari situ tercetuslah idea untuk melaksanakan Program Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA di bawah umur 4 tahun untuk mengalami proses pembelajaran awal yang berkualiti dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Untuk lebih lanjut tentang Bagaimana PERMATA Bermula sila klik link INI.


Jadi suatu hari, sahaja Mummy pergi untuk dapatkan lebih info. Sekurang-kurangnya, boleh masukkan Qashrin disitu. Sampai sahaja Mummy disitu, Mummy di layan oleh seorang pendidik yang agak tegas juga. So, tanyalah macamana nak buat pendaftaran dan sebagainya. Menurut Puan yang Mummy jumpa tu, dia kata perlu mengisi borang yang diberikan pada Mummy dan segala kelulusan dan keputusan tentang kemasukan ini akan diputuskan oleh Jabatan Perdana Menteri dan di luar bidang kuasa mereka sebagai pendidik di situ yang akan meluluskannya. Surat tawaran untuk mengikuti Program PERMATA Negara akan dihantar kepada ibu bapa sekurang-kurangnya sebulan selepas pemilihan anak.

Terkejut jugak Mummy sebab kelulusan dari pihak Jabatan. So, Mummy pun cuba lah tanya jika boleh masuk tengok ke dalam banglo sahaja nak buat visitation. Terus kena jawapan yang tegas "Puan hanya dibenarkan masuk jika anak Puan berjaya untuk pendaftaran nanti". Tambahannya lagi, "peruntukan anak-anak Permata Negara hanya 40 orang. Sekarang ni, kami sudah ada 20 orang". Lagi double terkejut. Agak garang disitu. =( Takperlah. Mummy pun cuba mengisi borang yang diberikan tanpa memberi apa-apa harapan tinggi pun sebab syarat-syarat agak ketat cuma kelebihannya sebagai ibu tunggal.

Tujuan Mummy apply masuk ke PERMATA ini sebab bila Mummy google tentang PERMATA ini banyak kebaikan dan aktiviti yang dijalankan. Lagi pun Qashrin hanya berumur 2 tahun 4 bulan. Walaupun tahun 2013 ini dia di anggap 3 tahun, tapi Mummy rasa dia masih kecil lagi untuk ke sekolah melainkan letak di Day Care Centre untuk jagaan sementara kalau ada apa-apa hal lain. Dah siap borang dan isi semua butiran serta perlu dikepilkan gambar ibu dan anak. Terus Puan tu cakap "comelnya anak awak". Okaylah tersenyum sikit dengan harapan dapat masuk PERMATA. Hahaha! Bukannya apa, sekurangnya Qashrin dapat bergaul untuk memperkuatkan skill pergaulan dia dan juga dapatlah belajar apa yang perlu dari dok berkepit dengan Opah. Dan juga, bolehlah Opah tu rehatkan diri dia di siang hari untuk beramal mengaji Quran dan macam-macam lagi.

InsyaAllah, tahun hadapan barulah masukkan Qashrin ke Kindergarden MMSB. Tengah kumpul duit ni. Hahaha. Mahal betul enrolment fees. Satu bulan je RM470. Untuk pertama kali pendaftaran kena sediakan RM1k++ untuk full day manakala RM800++ untuk half day. Itu kira termasuklah uniform, buku, PA, Misc etc. Mahal betul untuk masukkan anak di tempat yang elok. Nasiblah seorang anak, kalau anak kembar, mahu pengsan juga Mummy nak menyediakan seorang diri. Okay ini cerita lain di posting-posting lain. Sebab sekarang citer pasal PERMATA dulu. Huhuhu.

Dalam bulan November, Mummy dapat satu panggilan dan beberapa soalan diajukan sekiranya bersetuju dengan beberapa syarat untuk masukkan anak di situ. Syarat yang diberikan, seperti apa yang Mummy masih ingat seperti di bawah:

1. Kena bersama anak selama 4 jam dalam 1 bulan. Masa tu boleh dibahagikan mana-mana hari. Tempoh masa 4 jam ini, ibu atau bapa dapat meluangkan masa bersama anak dengan aktiviti yang dijalankan serta membantu PERMATA dalam hal ehwal yang lain seperti, mandikan anak di pagi hari, gotong royong membersihkan kawasan pusat dan bermacam-macam lagi.

2. Akan diberi notis pendek untuk mesyuarat. Selalunya akan di beri surat tetapi kadang-kadang mesyuarat tergempar. Errr.. takpaham bab mesyuarat ni. Meeting meeting dan akan ada makan-makan katanya. Lepas tu kadang-kadang mesyuarat akan dibuat di luar pusat. (Bab mesyuarat ini masih tak berapa paham dan perlu dapatkan kepastian sepenuhnya. Tapi Mummy SETUJU sahaja) Haha.

3. Akan dibuat lawatan keluar dari Perak untuk menyertai program PERMATA yang lain. (Okay ini Mummy suka) Hahah.

4. Dan lain-lain aktiviti.

So, Mummy dengan penuh harapan menyatakan YES to ALL. YER YER Saya setuju Puan.........

Tapi tak sangka hari ini, dapat panggilan yang Qashrin telah diterima masuk. Hari orientasi akan di adakan pada 2,3 & 4 January. Jadi ibu bapa wajib hadir untuk bersama anak. Kena ponteng kerja lagi la nih. Erm..takper, demi anak tersayang. Sebagai yuran pula akan dibincangkan mengikut kemampuan. Sebab, apa yang Mummy dengar, yuran bulanan hanya RM20 manakala tahunan RM40.

Oh yer, untuk makluman semua, syarat kelayakan Anak Permata juga ditetapkan. Boleh klik link SINI.

Rasa gembira sangat sebab next year Qashrin akan ke Pusat Anak Permata Negara. Memang dekat sangat dengan rumah Mummy ni. Setiap kali lalu depan PERMATA, Qashrin akan cakap "ini school ichin". Malah bukan setakat lalu depan Permata sahaja, tapi depan mana-mana kindergarden yang ada playground itu adalah sekolah dia. Betapa sukanya dia untuk ke sekolah. Sekarang ni walaupun Qashrin dah tak pergi nursery sebab Opah dah balik dari Sabah, sahaja tanya "ichin hari ni kena pergi school, nak pergi tak". Qashrin tetap cakap "nak dan menganggukkan kepala" sedikit pun dia tak rasa ke sekolah membebankan. Tapi ada kala dia cakap "mi, hari ini Ichin nak cuti" masa nak hantar ke nursery tempoh hari. Hahaha...Kelakar.

Okay Mummy tak sabar nak tunggu hari orientasi Qashrin nanti tahun hadapan. Nak beli sedikit kelengkapan untuk dia. Adui..macam sekolah betul je. Sekarang ini Qashrin ada 3 bag sekolah, satu bag sekolah Barbie dari Toys 'R' Us hadiah harijadi pertamanya dari Auntie Step & Uncle Dunker, bag kedua pula bag Hello Kitty dari Mama Oya hadiah harijadi ke dua dan bag ketiga pula bag dari Mama Oya jugak bag FREE dari Dutch Lady. Tapi fikirkan balik dah banyak bag dia ada sebab tak masuk dengan sling bag barbie ada 2. Satu Mummy beli satu lagi hadiah harijadi yang ke 2. Adoi...Ter-OVER plak mak dia ni! Hehehe.

Yang pasti Qashrin mesti lebih gembira sebab impian dia nak ke situ tercapai.

Xoxo,
Mummy Akmar