13/12/2012

Hari Kedua ke Nursery

Pagi tadi, sebelum solat subuh, buatkan susu untuk Qashrin dan terus solat subuh. Dah abis solat tu gerakkan Qashrin.

Mummy: Assalamualaikum..Bangun, pergi school
Qashrin: Ichin taknak pergi school..(tapi muka senyum mengada-ngada). Ichin nak Mummy.
Mummy: (Dalam hati dah gelabah dah) Bangun lah sayang, Mummy nak kena work, ichin kena pergi school...Bangun eh..cepat-cepat. (Bangunkan dia tengok TV, sedang Mummy mandi. (Barang keperluan semuanya dah siap malam tadi)
Qashrin: (Ambil patung dan bantal bucuk dia.)

Dah siap semua..satu-satu Mummy buat. Pertama nak basuh botol dulu, lepas tu isi air panas, then tutup semua lampu, OFF Alarm rumah, bukak pintu, letak barang satu satu dalam kereta dan baru masukkan Qashrin dalam kereta. Berpeluh okay..! Hehe

Sampai je Nursery..Dah ada seorang budak laki cina.

Mummy: Morning Ms. Rose..
Ms. Rose: Morning...(muka tersenyum je kak rose kita ni) Dia tolong angkat bag baju, bakul susu dan bag sekolah barbie.
Qashrin: (Turunkan oleh Mummy dengan doll princess dan bantal bucuk. Hari ini dia nak bawak princess fiona sebab semalam dah bawah teddy bear).

Mulalah mulut ini berkata-kata lagi..............
Pagi tadi pukul 7.45am sekali lagi Mummy remind kan Ms. Rose tu pakaikan baju atas tilam. Bahaya takut kepala terhentak lepas tu sejuk badan Qashrin nanti.

Mummy: Ms. Rose, make sure today, please make sure wear her clothes on the mattress not on the floor.
Ms. Rose: Yes yes..dont worry...(muka senyum je)
Mummy: Masuk dulu ke dalam buat bayaran ambil resit macam semalam takut apa-apa terjadi, boleh claim..Qashrin nampak ceria sedikit sebab Mummy luangkan masa sedikit dekat situ. Suruh dia duduk, bukakkan biskut bagi dia. Then Mummy tanya, "Qashrin naik bike eh."
Qashrin: Tak basah ke Mummy? (Mungkin semalam tempat tu terkena air hujan lebat kot)..
Mummy: Takde pun...

Mummy: Ms. Rose, what is her bathing time?
Ms. Rose: Normally after 11 am after we give lunch.
Mummy: (Dalam hati, mak aih lambat nya dia mandikan, terus cakap) Can you make it earlier, coz I'm afraid she might feel dehydrated and hot. (Alasan takde kena mengena, sebab selalu memang mandikan dia awal paling lewat 10 pagi) Tak tau lah ini style orang cina mandi camni ke taknak awal sangat takot kesejukan. Tapi tanya Qashrin, diorang mandikan dengan air suam.

Mummy: Did she played the bike/bicycle yesterday?
Ms. Rose: Nope she did not sebab the rest quite ganas.
Mummy: (Dalam hati...) Oooo patut lah Ichin cakap kawan taknak kawan dengan dia. Kaki buli yang lain.
Mummy: I have put one bag  for used clothes inside there, and put her drawings inside the school bag. Yesterday, the other lady put her wet clothes, towel together with the drawings. Abis lembab. I want to compile her art work. Hehehe (sambil gelak)
Ms. Rose: Aiyaaa..Really? She must be tak perasan...okay today will put the used clothes inside the bag...
Mummy: She coloured the frog yesterday?
Ms. Rose:  Yes she did..the teacher guide her.
Mummy: Oooo..no wonder got two layer. The second layer just conteng-conteng.
Ms. Rose: The teacher guide her to color the frog...

Sian lukisan katak ni lembab.

Lepas buat bayaran, terus sahaja Mummy salam dan cium Qashrin..tengok muka dia macam sedih tengok Mummy nak pergi tapi dia tak nangis pun. Sayu jugak hati ni, takkan Mummy pulak yang nangis tinggalkan Qashrin...kan?. Tabah dan pasrah ler tu. Ciannya dia. Ntahlah, rasanya Mummy ni banyak komplen ke? Tapi bila kita banyak bertanya, banyak perkara akan timbul sama ada yang baik atau pun yang buruk supaya dapat membetulkan keadaan. Yang penting anak kita terjaga rapi, tiada cedera dan dia sentiasa rasa selesa dan selamat. Tak ke gitu?

Ms. Rose datang dekat dengan Qashrin dan cakap "Bye Mummy, fetch me afterward.." Qashrin terus menjeling teacher dia. Hahaha...Adui...

Opah pulak call dok tanya macamana Qashrin. Qashrin pulak dok tanya mana Opah. Opah dah selamat sampai Sabah ni.

Xoxo
Mummy Akmar