01/12/2012

Gambar Keluarga Bahagia Datuk Sheikh Muszaphar


Salam berhujung minggu semua. Semalam dapat email update dari blog Dr. Halina yang memang Mummy nantikan. Mummy percaya ramai ibu-ibu di luar sana yang mengikuti kisah hidup Dr. Halina dan suka dengan penulisan beliau yang bersahaja menceritakan pengalaman beliau sebagai ibu, isteri kepada angkasawan negara dan wanita bekerjaya.

Baru-baru ini, beliau telah mengikuti suaminya, angkasawan negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar menghadiri satu kongress di Riyadh, Saudi Arabia. Kini, Dr. Halina sedang hamil 7 bulan dan menanti saat kelahiran anak kedua mereka.

Untuk cerita terbaru mereka, Dr. Halina telah berkongsi beberapa gambar keluarga dapat menunaikan umrah bersama-sama anak pertama mereka yang comel Sophea Isabella. Jom tengok 8 gambar terbaru keluarga bahagia Datuk Dr. Sheikh Muszaphar.