13/12/2012

Feedback Dari Qashrin Di Nursery Hari Pertama

Selamat pagi dan salam sayang buat semua pembaca blog Qashmere.

Alhamdullilah. Yeay! We're survived for day #1. Haha...Qashrin dan Mummy berdua je dalam rumah. Paling bersyukur Qashrin masih boleh ke sekolah untuk hari kedua.

Semalam lepas sahaja abis kerja, terus Mummy ke Nursery mengambil masa dalam 15 minit maximum. Itulah yang best tentang Ipoh ni berbanding di K.L tu. Nama nursery ni, baru sempat Mummy ambil gambar dia semalam, Taska Cahaya Hatiku. Nama je melayu tapi pemiliknya adalah cina dan semua kanak-kanak yang ada pun cina.

Taska Cahaya Hatiku. 
Corner lot rumah satu tingkat. Agak besar jugak keluasan. Ada 4 bilik 2 ruang besar dan dapur.

Sampai je ke Nursery semalam, Qashrin tengah ditukarkan lampin oleh penjaga yang lagi satu. Alangkah terkejutnya hati Mummy bila melihat, Qashrin di baringkan atas lantai semasa tukar lampin. Jatuh sekejap jantung Mummy ni. Terus mulut ni ringan bercakap. Muka Qashrin yang blur blur tu (menahan menangis, menahan perasaan tak boleh bercakap dan menahan macam-macam, kesian pun ada)

Mummy: Ms. Rose, next time please make sure when you want to wear her clothes, please not on the floor. You have mattress here right? Or I have to bring one for my daughter.
Ms Rose: (Dengan selambernya, dan muka macam gelabah tapi kontrol) Ooo..this one sekejap only. Just for awhile changing diaper.
Mummy: Because I'm afraid that, she might bang her head off on the floor and the floor is dirty.
Ms. Rose: (Nak cover) Yea, yea everyone has their own mattress. This one just for awhile only.
(Sekejap pun tak pernah lagi kita pakaikan baju anak atas lantai yer)

Haih, kalau cha ya nun alif tu tetap jugakkan. Sabar jelah. Dah siap Qashrin, barulah terdengar suara Qashrin

Qashrin: Mummy amik ichin.....
Mummy: Iyer, kan Mi cakap, lepas Mummy work, mi amik ichin. Lepas ni kita pergi McDonald's...

So, dalam kereta bersembang ler kami dua beranak. Macam-macam soalan diajukan oleh Mummy macam inspektor polis. Haha

Mummy: Best tak school?
Qashrin: Muka blur sambil cium bantal bucuk
Mummy: Tadi ichin makan apa?
Qashrin: Teacher bagi kek, roti..mee goreng
Mummy: Haa mee goreng? ke mee sup?
Qashrin: Diam je..sambung cium ucuk
Mummy: Seronok tak school?
Qashrin: Sambil terbaring, nafas macam mengeluh...(tarik nafas panjang dan hembus) Ala-ala pasrah jer.
Mummy: Teacher ada marah ada pukul Ichin tak?
Qashrin: Tak...
Mummy: Ada gaduh dengan friend tak?
Qashrin: Tak...
Mummy: Okay nanti kita pergi McD...Qashrin nak apa? Nugget ke burger
Qashrin: Ichin nak nugget, ichin lapar...(dia pilih nak nugget)
Mummy: Ooo. okay...(dalam kereta tu dia makan banyak sampai rumah sambung makan. abis jugak nugget tu 6 ketul dia makan)

Peminat french fries, nugget dan burger.

Balik je rumah, Qashrin macam kambing terlepas kandang. Berlari sana sini. Lepas tu Mummy dengan Qashrin dah makan. Terus solat asar dulu sementara tu Qashrin tengok Upin Ipin, then tengok cerita "Cinta itu milikku". Lepas tu tiba-tiba mulut dia nak bercakap macam-macam, cakap merapu-rapu yang diajar oleh Adrian dan Azran. Hahaha Ayat apa malas nak cakap dekat sini dan bergurau-gurau dengan Mummy. Rasanya mulut dia dah ter-GAM seharian kot, itu yang dia bantai cakap je apa dia terfikir. Hahaha. .Tengah tengok Berita....Dah malam-malam sikit:

Qashrin: Mi, kawan taknak kawan dengan ichin
Mummy: Kenapa tak nak kawan.
Qashrin: Dia diam je. (Dia main patung stroberi dia, jadikan anak)
Mummy: Qashrin cakap dengan kawan dulu. Main lah basikal tu, jangan takot-takot.



So, Mummy clearkan bag baju, bag sekolah dan keperluan susu Qashrin. Terjumpa hasil kerja Qashrin. Terus sejuk sikit hati Mummy ni.

1st Art by El Qashrin Qaisara

Mummy: Eh, Qashrin color ini ke?
Qashrin: A ah. (Terus Qashrin cakap) Itu, FROG Mi...Katakkkk
Mummy: (Terus Mummy cakap) Alaaa pandainya anak Mummy. (Terus tampal dekat peti ais) Huhuhu

Ini lah feedback dari Qashrin. Takperlah, kena ajar dia bersyukur ada tempat perlindungan sementara Mummy kerja sekejap. Yang penting Qashrin nak pergi ke school lagi hari ini. Nanti kan cerita hari lepas posting yang ini.

Xoxo,
Mummy Akmar