03/12/2012

Disember Muncul Lagi.....

Selamat pagi dan selamat bekerja buat semua pembaca blog Qashmere. Macamana keadaan anda semua di pejabat?

Setelah selesai sedikit tugasan tadi, sempat lah jugak edit-edit dan nak cuba publish posting ni. Tak sangka sekarang ni dah masuk bulan December, penghujung bulan di tahun 2012. Banyak memori terpahat baik yang manis dan pahit dilalui terkenang kembali.


Tak sangka cepat betul masa berlalu. Teringat 4 Dec 2009, Qashrin yang hanya 1 bulan di dalam kandungan, kini sudah 2 tahun 5 bulan. InsyaAllah, Januari depan Qashrin akan memulakan persekolahan awalnya nanti. Sungguh cepat masa berlalu dan Alhamdullilah kerana masih boleh menjadi seorang ibu dan bapa kepadanya dan cuba memberikan yang terbaik, berdoa dan cuba mendidiknya dengan penuh sabar.

Syukur Alhamdullilah juga dengan setiap kurniaan yang diberikan oleh Allah walaupun diri ini sedar banyak kekurangan ibadah untuk mendekatkan diri dengan-Nya. Syukur sangat-sangat kerana masih tabah untuk jadi lebih kuat di hati dan perasaan bila terkadang teringat balik kisah peristiwa lalu yang menjadikan diri ini lebih banyak bersabar dan bersyukur bersyukur bersyukur! Yup Keyword-nya bersyukur kalau nak bermain SEO gitu..Hehehe!

Selalu dipanjatkan doa untuk Qashrin agar dilindungi oleh Allah daripada perkara yang tidak baik serta perbuatan maksiat dan zina kelak. Di mintakan jauh sangat-sangat kerana di zaman ini sering cerita kerosakan akhlak terjadi. Semoga Allah makbulkan doa ini. Amin.....

Allah itu maha mengetahui apa yang diperlukan sebaliknya apa yang kita mahu. Dengan kehadiran Qashrin, rasanya banyak merubahkan bermacam-macam aspek dalam kehidupan ini. Mungkin Allah mahu Mummy kembali ke jalan yang benar dari tergelincir teruk tanpa disedari hingga akhir waktu nanti tanpa perubahan. Semua ini mungkin untuk akhirat kelak.

Untuk akhirat agar tidak terlalu beban nanti di sana. Di berikan mengandung penghapus segala dosa, pahala-pahala fitnah dahulunya akan dikumpulkan untuk akhirat kelak juga, kekuatan untuk membesarkan anak seorang diri juga adalah saham di akhirat kelak untuk menimbus balik setiap perbuataan di atas muka bumi ini dalam sedar atau pun tidak. Semua ini kerana Allah sayangkan diri ini untuk menimbus semula pahala mana yang perlu.

Syukur pada Mu Ya Allah, teringat kembali tahun 2010 dengan pelawaan tanpa di duga setelah lama tidak ke rumah Mu selepas sahaja mendengar fitnah shirik itu, digerakkan hati ini untuk ke Masjid. Betul-betul saat manis bagi diri ini, semasa mengandung 4 bulan tergerak hati dan naluri untuk pergi ke Masjid Kota Damansara seorang diri tanpa sesiapa di situ tidak dapat dilupakan. Syukur dapat melakukan solat, mengaji, berzikir sambil air mata bercucuran dan sampai tertidur keseorangan. Tertidur sehingga tersedar beberapa orang Arab perempuan datang berjubah untuk solat Zohor. Perkara ini betul-betul membawa diri ini kepada suatu anjakan dari keadaan yang biasa iaitu hidup tanpa bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah selama ini. Teringin betul nak lalui saat itu lagi...Setiap ayat-ayat Yasin yang keluar dari mulut ini walaupun tersekat-sekat dengan tangisan membuatkan diri ini tersedar dari lamunan dunia yang tidak kekal dan penuh dengan dosa. Semoga diberi petunjuk lagi ke jalan yang benar dan hidayah. Tempoh 9 bulan itu amat bermakna walaupun seorang diri, dapat satu kekuatan untuk solat dan zikir tidak putus-putus. Dan sebab itu Qashrin di gelar anak zikir. Alhamdulillah, memang mudah untuk menjaga Qashrin.

Hati ini kembali risau, terkadang terasa panggilan Mu untuk membuatkan diri ini lebih dekat lagi tetapi hal dunia didahulukan. Semoga dapat diberikan hidayah lagi dan mahu lalui saat manis itu semula. Perjumpaan one to one dapat dirasakan dan menjadi pemangkin supaya sering mengingatiMu. Agar diri ini sentiasa mengingati Mu Ya Allah....

Amin...Ya Rabb...