28/12/2012

Dinner Di Royal Ipoh Club Lagi

Morning semua! Uhuk Uhuk (Batuk, Demam & Selsema). Macam dengar je kan? Hehe...Semalam balik dari ofis terasa badan ni sakit-sakit dengan selsema yang tak henti-henti. Selsema yang macam pili dekat hidung ni. Sebelum maghrib dah terasa seram sejuk nak demam. Nak pulak waktu tu hujan lebat. Ingatkan nak keluar beli barang keperluan Qashrin yang banyak dah abis macam shampoo, vaseline dan macam-macamlah tapi hujan lebat dan badan ni nak demam. Opah tolong ambilkan ubat demam dan selsema. Thanks Opah...

Memang taklarat nak keluar. Opah nak ajak keluar makan sebab lauk tengahari tadi pun dah abis semua sebab famili kakak datang ke rumah untuk lunch. Rehat-rehat lepas tu tengok hujan pon berhenti. Memang ikutkan nak sambung jer tidur takyah makan pon takpe sebab badan ni rasa mencucuk-cucuk betul, kepala pulak berat. Tapi kesiankan Qashrin ni nak makan apa untuk malam dan sian jugak Opah. Tapi Opah cakap dia boleh makan quacker oat untuk dinner. Disebabkan kesian dan sayang dekat anak tu. Sakit-sakit badan ku gagahkan juga keluar.

Pilihan tempat makan malam ni disengajakan sebabnya kalau tempat lain jenuhnya nak cari parking kereta. Tak larat nak jalan jauh dengan dukungkan Qashrin. Kalau di Royal Ipoh Club ni, parking betul-betul depan pintu masuk. Senang sikit. Cadangnya nak makan porridge panas-panas, tapi portionnya agak besar. Porridge tu boleh makan 2-3 orang. Buntu betul nak order apa walhal punya 1001 macam menu ada dalam tu. Nak makan nasi dengan lauk ada, ala carte western, malay, chinese semua ada.


Boleh....masuk-masuk jer entrace. Qashrin cakap "mi, tangkap gambar dulu mi"...Ek eh...anak Mummy ni dah paham pulak mak nya blogger nak menangkap gambar with purpose katanya! Opah dah tergelak dah. Baru 2 tahun dah tahu kan....Hahahaha...

Disebabkan waitress tu dah menunggu lama, walaupun dibelek-belek menu tu apa pon tak keluar. Last-last Opah cakap 3 cream chicken soup dan dia order mee goreng basah. Untuk menu Mummy, kena tunggu lagi waitress tu. Heheh. Ingat nak keuwtiow tom yam Opah pulak tak bagi takot sakit perut, nak makan nasi pulak, tenghari dah makan nasi. Jadi, order je lah Chicken Chop. Abis cerita!


 Opah kena ada kalau tak, takleh makan ler. Mak bapak je bole sign sini. Huhuuhuu...

Malam tadi mulut Qashrin becok sikit walaupun malu-malu kucing tu tetap ada. Dia cakap kuat-kuat bila menda ni sampai "Mi, cili dengan kicap dah sampai"...mak oih takyah ler cakap kuat-kuat. Tergelak kami.....

 Sorang-sorang dapat chicken soup dengan garlic toast bread. Qashrin pula sebiji bun cicah sup abis. Mesti ramai tak percaya, satu mangkuk sup tu dia boleh abiskan...

 Opah punya mee goreng basah panas-panas dah sampai. Memang sedap...!

 Si anak manis Mummy....

 Demam punya menu. Uhuk uhuk....

 Dia rasa macam perlahan sangat hirup satu sudu satu sudu. Qashrin cakap "mi nak hirup macam ni.." Terkejot Mummy!! Anak dara Mummy sempoi hirup macam ni dah la mangkuk sup tu berat. Hahaha...satu mangkuk licin dia sedut yer. Sebab awal tadi dia dapat minum sikit sangat sebab sup ni panas dia boleh melecur lidah wooo...panas haba dalam. Bila dah sejuk, Mummy suap satu - satu. Dia rasa tak puas kot, hah hamek sedut gaya bebas. Hahaha.....French fries tu penuh jugak tadi tinggal 4 batang lagi je kot cicah tomato sos....

 Dia dah kenyang...dia request pulak "mi, nak nari atas tu" Okaylah turun bawah jalan elok-elok jangan lari yer. Menggangguk tanda akur...sekali turun macam kipas kudung. Berlari satu bulatan..nak dekat dengan stage tu. Lepas tu baru dia selesa nak nari-nari. Kelakar tengok telatah dia ni.

Sudut Christmas Tree ini jadi tumpuan dia. Nak bergamba dekat sini. Balik je rumah perut dia punya la buncit sebab penuh makanan. Makan sup, bun dan french fries di selang seli Mummy suap chicken chop tu. I am a happy Mummy....Dah abis makan, waiter tu tanya "any dessert?" sakit-sakit pun nak makan cream caramel takde lah pulak. Menu dessert yang lain semua ice cream. Tak jadi orderlah gitu.

Alhamdulillah, dapat satu posting nak buat hari ni. Gambar-gambar ni semua kenangan sangat bila satu hari nanti, Qashrin dah besar tengok blog ni, dia pasti tertawa tengok gelagat dan caption Mummy tulis tu. Haha...Demam-demam pun pergi ofis. Memang tak dapat lah nak cuti sakit ke unpaid ke apa sebab dah banyak sangat cutinya. Gigih Mummy taip di ofis menggeletar tangan-tangan ni. Okaylah uolls. Doakan Mummy cepat sembuh. Amin.........

Xoxo
Mummy Akmar