22/12/2012

Dinner Di Royal Ipoh Club Belum Kiamat Lagi

Selamat pagi dan selamat berhujung minggu semua! Semalam, Mummy ni agak kesedihan dan mood terganggu sedikit kerana sebab tertentu. Alhamdullilah hari ini dah ceria sedikit. Heeee~ Thanks to someone yang mengembalikan kecerian ini.

Disebalik kekecohan beberapa pihak tentang percayanya kiamat semalam dari kepercayaan Kaum Mayan tu, Mummy menikmati makan malam yang sedap di Royal Ipoh Club. Ntah apa-apa, ramai yang buat persiapan percaya tentang kiamat tahyul tu. Sebab cina ofismet ni pun cakap jirannya beli lilin berkodi-kodi dan juga simpan stok makanan.

Sebenarnya, selepas balik je dari kerja semalam, Opah dan Mummy dah buntu nak makan apa ataupun nak masak apa. Hahaha..Boring dah nasi dan lauk seangkatan dengannya. Mummy pun beri cadangan bernas makan sahaja di Ipoh Club. Senang! Bereh!

Qashrin pula lain, ajak Mummy nak makan ke McDonald's. "mi, ichin nak makan mekdonal". Fast food pon dah taklarat nak telan dah. Boring... :(

Dah solat maghrib, weoll semua bergerak ke sana. Berlima (Opah, Mummy, Qashrin, Maisara dan Azran) kami ke sana dan Pak Nek pula jumpa terus di Ipoh Club. Permandangan Idris Room sangat berlainan kerana dipenuhi dengan dekorasi ala-ala krismas. Lain pula, di Royal Golf Club Ipoh ada beberapa restoren seperti Japanese, Thai dan Western berlainan dan kami makan di luar sahaja berhadapan dengan padang Golf. Kalau nak pergi Royal Ipoh Club ni memang kena dress-up sikit kerana bebrapa syarat yang ditetapkan. Kalau tak terpaksa makan di luar. Antaranya untuk lelaki kena t-shirt bercolar dan kasut, manakala perempuan pula kena berkasut. Nasib baik diorang tak perasan Azran pakai selipar Ben-10. Haha...taklarat nak makan dekat luar sebab nak air-cond! Huhuhu...

Qashrin sangat excited. Tepat jam pukul 9 malam, Live Band pun bermula. Hmm, Qashrin ternga-nga tengok akak amoi tu nyanyi lagu Krismas. Hahaha. Qashrin terus melenggang lenggok menari. Kelakar tengok gelagat Qashrin. Malam semalam, dia kepoh sikit bising betul mulut cakap sana sini dan jerit sana sini. Risau jugak takot ada members yang lain tak suka, dah kena makan dekat luar pulak karang. Akak waitress tu pun cakap "aloor comelnya dia, selalu datang malu-malu harini bising yer". Tersengih si Qashrin.

Jom tengok apa yang Mummy makan semalam.

 Cantiknya Princess Zara...

 Idris Room yang dipenuhi gantungan riben besar di chandelier
 Perkara pertama yang mereka tuju adalah Christmas Tree tu. Jakun le tu. Entrance punya tadi tak semeriah macam ni. Hahaha.

 Live Band yang nyanyi lagu sambil kitaorang makan.

 Qashrin sekarang dah membesar betul. Dulu masa 1st Birthday kecik sangat duduk atas kerusi ni. Sekarang dah muat-muat je.

 Kami mulakan dulu dengan cream chicken soup, bread and butter. Feveret Qashrin. Dia makan 1 bun tu yang dicicah dengan sup ni. Sup ni pon dia abiskan separuh mangkuk. Suka bebenor..

 Mummy, Opah dan Maisara makan menu yang sama iaitu Oriental Chicken Chop. Manakala Qashrin dan Azran berkongsi fish and chip. Fish and chip separuh portion untuk Qashrin pon licin dia makan.

Akhir sekali, Mummy order dessert yang lain kali ini sebab selalu banana split atau puding caramel. Weoll order ice cream goreng. Nyum-nyum. Yang ini lain dari yang biasa Mummy makan sebab ice cream goreng biasa tu di balut dengan pastri. Tapi yang ini macam roti donut di goreng dengan telur kot. Ntahlah tak dapat pasti. Then kulit dia ranggup dan di sira dengan sauce karamel dan ditengahnya sudah pasti ada ice cream. Licin jugak.

Malam tadi berselera betul si Qashrin ni. Banyak betul dia makan. I'm a happy Mummy. Ngeeeee~ Tak termasuk french fries penuh satu pinggan kecil tu di makan dengan tomato sos. Dah kenyang, dia turun dancing kehulu kehilir dengar lagu Live Band. Tak dapat nak record dia menari sebab dia nari jauh dari Mummy. Hehehe....Dah siap makan semua, dia tanya lagi "mi sup ada lagi tak". Banyak betul dia ni makan. Tapi badan sekeremping jugak, Mummy dia yang macam kena pam pam badannya. Balik rumah dalam pukul 10 lebih, sebelum tidur sebotol susu pediasure dia sedut terus lena. Lepas tu pukul 4 pagi pon sebotol susu lagi dia sedut. Badan tetap maintain! Dahsyat betul anak Mummy ni. Takperlah janji Qashrin nak makan..Alhamdulillah.

Okaylah setakat ini dahulu. Selamat berhujung minggu semua. 

Xoxo
Mummy Akmar