25/12/2012

Cuti Hari Krimas Makan Pizza Hut

Yeay! Cuti lagi..cuti hari Krimas. Kalau cuti memang best sangat. Siapa yang tak suka cuti tu tipulah kan. Hari ni, tengok cuaca sangat tenang dan aman. Tak panas sangat tak gelap sangat. Cuma pagi tadi hujan renyai-renyai. Alhamdulillah. Suka sangat cuaca macam ni.


Pagi tadi bangun-bangun terus sahaja beli nasi lemak. Badan ni masih rasa sakit-sakit kesan dari jalan-jalan pergi Zoo Taiping & Night Safari hari Ahad lepas dan juga bila dah kena urut bertambah-tambahlah badan ni rasa nak merehat jer kan. Tapi setiap hari perlu diteruskan. Pagi tadi dalam pukul 9 pagi pergi beli nasi lemak dekat gerai makcik tu. Semua kueh-kueh dan yang lain abis cepat betul. Tinggal nasi lemak sahaja. Belikan Qashrin mini sausage sebab donut kegemarannya dah abis. Rasa macam nak ke Cameron Highlands bawa Qashrin dan Opah ke sana, tapi risau pulak cuaca takot hujan lebat.

Apa Mummy buat hari ni? Lepas makan pagi nasi lemak yang berlemak, mandikan Qashrin dan sambung tengok tv dan tertidur balik dekat sofa. Opah pun join sekali tapi di dalam bilik. Tapi dia bangun balik sebab nak basuh baju kurung yang direndam subuh tadi. Qashrin seperti biasa buat kerja dia sendiri. Dia ambilkan selimut untuk Mummy sambil selimutkan, "Mummy sejuk mi"...Serious tatau mana dia amik selimut tu. Hehehe...Thanks sayang.

Opah gerak Mummy untuk makan tengahari. Rancangnya nak pergi ke McDonald's dapatkan mainan baru Happy Meals untuk Qashrin. Dia nak gelang sebab dia dah ada guitar. Nak makan McD memang dah taklarat dah. Di Ipoh ni memang tak banyak pilihan. Mula ingat nak ke Kenny Rogers, atau Nandos tapi jauh, atau Secret Recipe menu macam sesuai minum petang je. Jadi kami buat keputusan makan di Pizza Hut.

Beli dulu Happy Meal Qashrin dan terus ke Pizza Hut Ipoh Garden. Rasanya, kami order banyak sangat sebab untuk 2 orang sahaja sampai tapau bawak balik 2 keping pizza, 2 ketul drummet dan juga lebihan yang banyak dari spaghetti Qashrin tu. Apa yang Mummy order? Set Meal 2, New Orleans Drummets, 1 Spaghetti Bolognese Meat Balls (Chicken) dan Kids Meal tu Free je.

Sementara tunggu makanan, Qashrin makan Happy Meals dia. Semata-mata nak beli gelang mainan Happy Meals tu sebab berebut dengan Azran masa pergi Zoo Taiping itu hari. Azran dapat guitar nak pulak gelang Qashrin. So, Qashrin pun tukar dengan rela hati sebab nak guitar tu. Sekali Qashrin nak balik gelang tu. Memang lah tak dapat dari Azran. Jadi, Mummy belikan yang lain untuk Qashrin supaya dapat gelang tu. Hari ini, Qashrin nak bawa beg pack Barbie dia, semangat nak ke sekolah kot. Hihihi

 "Mi, what is this mi?"

Happy Meals Vs Pizza Hut Kids Meal

Menu untuk Opah dan Mummy


 Kids eat for FREE. Mummy order menu spaghetti bolognese + air soya. 

 Tambahan drummets.

Dan spaghetti bolognese meatballs.

 Lepas makan kekenyangan. Kami balik terus ke rumah Pak Nek. Lepak-lepak di situ sementara tunggu dinner pulak. Kenyang betul. Alhamdulillah...Inilah Mummy buat di hari cuti Krismas. Anda pulak bagaimana?

Xoxo,
Mummy Akmar