31/12/2012

Akhir Tahun Yang Penuh Dengan Dugaan

Salam pagi semua. Hari ini terpaksa bekerja untuk melengkapkan hari hujung tahun 2012. Alhamdulillah, keadaan kesihatan Mummy kembali pulih sejak demam hari Jumaat lepas, tetapi dugaan lain pula mendatang di akhir tahun 2012 ni.

Pada hari Jumaat yang sama juga, sewaktu Mummy di pejabat, Qashrin sudah mula menunjjukkan simptom batuk dan selesema sedikit serta suhu badannya dapat dirasakan demam akan muncul bila-bila masa sahaja. Pada waktu malam pula, demamnya berlarutan. Tak tidur Mummy di buatnya. Boleh bayangkan, orang tengah sakit menjaga bayi yang tengah sakit. Dalam erti kata lain kegigihan yang perlu ada sebagai seorang ibu tunggal ni. Berjagalah Mummy malam tu, bukakkan baju Qashrin, tukar dengan t-shirt yang paling nipis, hanya dengan pakai pampers sahaja. Badannya di sapukan air. Kepalanya pula dilumurkan dengan air sebanyak yang boleh dan diletakkan tuala basah. Setiap kali terjaga tukarkan tualanya.

 Image: Google

Kadang-kadang sampai tertidur dan terjaga terkejut risaukan Qashrin. Maklumlah Mummy sendiri pun sedang dalam khayal dik sebab ubat yang Mummy telan (selsema, demam, antibiotik). Sememangnya patut tidur dan rehat, tetapi anak lebih penting.

Nak dijadikan cerita, hari Jumaat tu juga Qashrin mengalami sedikit luka di hujung ibu jarinya. Disebabkan Qashrin suruh Opahnya potong kuku dan nasib nak jadi malang, nak potong kuku, isi kuku terkena. Berdarah. Agak teruk juga. Kata Opah, Qashrin nangis sekejap waktu tu. Balik pejabat terkejut jugak. Nak marah sangat pun, nak buat macamana menda dah nak jadi. Selama ini takpernah Opah potong kukunya tapi Qashrin dah tanya 2 kali.

Kami ke Poliklinik Jit untuk mendapat rawatan. Risaukan kalau pemotong kuku tu ada karat (dah check takde karat). Takot Qashrin dapat kancing gigi, dan nak dapatkan suntikan tetanus. Tapi doktor tu cakap, kalau dia dah dapat segala suntikan masa kecil tu, takperlu buat masa ini. Sebab Qashrin dapat demam hari Jumaat tu selepas jarinya terluka. Risaukan sebab tu ke dia demam? Tapi memang sebelum tu dia dah ada sedikit batuk dan selsema. Pergi membuat rawatan dan dicaj RM73. Malam tadi, batuk Qashrin semakin teruk. Batuk yang penuh dengan kahak serta selesema yang agak teruk jugak. Seharian semalam sekali je dia minum susu. Malam tadi langsung taknak. Mujur pagi tadi minum sedikit 3oz sahaja.

Hari ini, waktu tenghari memang kena pergi ke Hospital Pantai Ipoh untuk dapatkan ubat dari Pakar Kanak-Kanak yang biasa tu kerana keadaan dia tak nampak akan pulih. Ini sahaja cara yang dapat memulihkan Qashrin. Semakin ditunggu semakin lama lagi teruk batuknya nanti.

Cadangnya, Mummy nak bawa Qashrin tidur di Impiana Hotel semata-mata sebab Qashrin ni minta untuk tidur di Hotel dan nak swimming. Malam tadi terpaksa cancel check in hari ini sebab keadaan Qashrin yang semakin teruk. Kerana kalau batuk selsema macam ni tidur di bilik sejuk ber-air cond macam tu pasti keadaan dia lebih teruk macam dulu pernah bawa dia ke Cameron Highland 3 hari 2 malam. Batuknya agak teruk. Balik dari Cameron terus kena admit. Semoga Qashrin sembuh cepat dan tidak perlu di masukkan ke Hospital. Amin....

Bincang punya bincang, terpaksa kena batalkan plan nak menyambut new year eve di Hotel Impiana Ipoh tapi sebaliknya, Mama Oya (kakak ipar Mummy) buat makan-makan di rumahnya. Nasib baik kemasukan PERMATA pula di tunda ke 14,15 & 16 Januari 2012. Risaukan keadaan Qashrin tu dan juga anak-anak orang lain. Takot berjangkit pula.

Kita merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya.

p/s: InsyaAllah hadiah untuk Peserta 1st Giveaway: Contest iPhone 5 Gadget Impian Mummy Akmar akan disenaraikan minggu hadapan.


Xoxo,
Mummy Akmar