27/11/2012

Tips Mandikan Bayi

Setelah melahirkan anak, perkara yang paling menjadi isu bagi buat pertama kali menjadi seorang ibu adalah saat memandikan anak anda. Mandian yang sempurna dapat memberi keselesaan dan kebersihan pada bayi anda.

Perkara penting yang perlu di ambil berat oleh semua ibu adalah keselamatan semasa mengendali bayi sewaktu hendak mandi. Kerana, saat anda memandikan bayi adalah saat yang boleh merapatkan hubungan antara ibu dan anak, tetapi perlulah dilakukan dengan baik dan teratur


langkah-langkah untuk mandikan bayi, tips mandikan bayi dengan selesa dan keselamatan terjaga
Image: Google

Sedikit perancangan perlu diberikan supaya saat mandi ini dapat dilakukan dengan sempurna. Beberapa tips untuk anda seperti berikut:

1. Sediakan tab air suam, bebola kapas, shampoo dan sabun mandi.

2. Sediakan barang-barang keperluan seperti bedak, losyen, minyak angin, dan pakaian untuk dipakai selepas mandi. Semua ini anda perlu sediakan sebelum anda mula mandikan anak anda.

3.  Jika anda sedang memandikan bayi dan terlupa sesuatu yang diperlukan. Bawa sekali bayi dan jangan sesekali meninggalkan anak anda seorang diri di dalam tab air. Termasuk kepada beberapa perkara lain seperti menjawab telefon berdering, loceng pintu dan gangguan yang lain. Anda boleh menjawab atau melakukannya setelah selesai mandikan bayi.

4. Pilih tempat yang selesa semasa memandikan bayi anda. Jika di dalam bilik, pastikan kipas tidak dipasangkan terlalu kuat.

5. Pastikan kawasan sekitar tidak licin dan tidak mudah tergelincir supaya anda lebih senang mengendali bawa bayi dari tab.

6. Jangan letakkan bayi anda ke dalam tab dengan air yang masih mengalir. Suhu air boleh berubah dengan cepat. Dan pastikan suhu air tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.

7. Jangan pakai barangan kemas seperti cincin atau gelang semasa memandikan anak anda. Ini akan membuatkan anak anda tidak selesa.

8. Buangkan lampin yang sudah digunakan ke tempat khas pembuangan sampah. Sebaikkannya buangkan di dalam tong sampah yang tertutup kerana lebih selamat dan bersih jika anda mempunyai anak kecil yang lain.

Semoga langkah-langkah ini dapat dimanfaatkan oleh semua ibu dan bakal ibu. Jadikan saat mandi adalah saat yang seronok dan aktiviti yang menggembirakan antara anda dan anak.

Xoxo
Mummy Akmar