03/11/2012

Tahniah Farid Kamil Dan Diana Danielle Nikah Tanpa Bapa

Semua sedia maklum yang Diana Danielle dinikahkan dengan berwalikan hakim kerana usaha untuk mencari bapa kandungnya gagal. Walaubagaimanpun tahniah kepada pasangan pengantin ini yang baru sahaja bernikah pada hari ini 03/11/2012 pagi tadi di Hotel Flamingo. Pernikahan Diana Danielle dan Farid Kamil ini nampak lain dari yang lain. Konsep terbuka yang dilangsungkan di tepi tasik nampak berbeza sekali. Banyak gambar lagi boleh anda dapatkan di Beautifulnara.

Kisah penceraian yang ditinggalkan begitu sahaja selepas itu mengandung 9 bulan seorang diri tanpa suami disisi. Taniah buat Farid Kamil dan Diana Danielle di hari pernikahan. Gambar pernikahan Diana Danielle
 Image: Beautifulnara

Kisah penceraian yang ditinggalkan begitu sahaja selepas itu mengandung 9 bulan seorang diri tanpa suami disisi. Taniah buat Farid Kamil dan Diana Danielle di hari pernikahan. Gambar pernikahan Diana Danielle
 Image: Beautifulnara

Sebenarnya entri ini dibuat kerana ingin mengucapkan tahniah kepada Diana Danielle kerana beliau begitu tabah melaluinya. Mungkin tak ramai yang boleh rasa apa yang Mummy rasa apabila melihat gambar pernikahannya ini. Sedih dan sayu, dihari yang penting buatnya tanpa bapa kandungnya di sisi. Mungkin dia pun tidak langsung kisah lagi tentang bapa kandungnya kerana mungkin dia dibesarkan tanpa bapa kandungnya disisi. Bukan untuk memperbesarkan isu ini tetapi Mummy pernah terfikir apa yang akan terjadi jika suatu hari nanti Qashrin ingin melangsungkan hari pernikahannya dan apakah ini akan terjadi padanya. Mungkin ini agak jauh untuk difikirkan, banyak perkara seumpama ini bermain di kotak fikiran Mummy, contoh paling terdekat, apakah nanti dia akan lakukan di sekolah apabila tiba sambutan Hari Bapa? Setiap kanak-kanak membuat kad istimewa untuk bapa masing-masing tetapi bagaimana pula dengan Qashrin? Bukan itu sahaja, pernah Mummy lihat buku latihan anak saudara, mereka belajar untuk melukis institusi keluarga ada gambar ibu bapa, abang, kakak serta adik tapi bagaimana dengan Qashrin? Entah, kadang-kadang sedih, sebak, dan perkara seumpama ini sering bermain di fikiran. Perkara ini amat kecil, tetapi ia sangat memberi impak kepada Qashrin dan juga Mummy. Semoga segala dipermudahkan. InsyaAllah..

Memang boleh diwar-warkan untuk mencari siapa bapa kandung di media tetapi bagaimana agaknya situasi itu akan terjadi. Setelah ditinggalkan Mummy begitu sahaja, memfitnah Mummy dan kandungan pada waktu itu sehingga semua orang beranggappan buruk terhadap Mummy, lebih lagi tidak memberi nafkah langsung pada waktu 9 bulan dan bermacam-macam lagi fitnah yang disebarkan. Jika dapat berjumpa sekali pun, Mummy berharap beliau dapat memberi kuasa kepada hakim untuk dinikahkan anak ini oleh hakim sendiri. Mummy sendiri tidak dapat berhadapan dengan orang begini apatah lagi di hari bahagia anak Mummy tu serta dihadapan keluarga. Entahlah Mummy berserah pada Allah yang maha berkuasa dan cuma berfikir perkara positif dan terbaik untuk El Qashrin Qaisara. Kerana sebagai ibu semestinya hendakkan yang terbaik untuk anak dan juga terpulang kepada Qashrin sendiri suatu hari nanti. Apa yang terbaik dan membuatkan Qashrin gembira, Mummy akan turut serta dan sokong sepenuhnya. 

Memang Islam itu mudah, tiada ini boleh digantikan itu. Cuma Mummy nak Qashrin tabah suatu hari nanti mungkin perkara ini akan terjadi pada dirinya. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup Sayang Mummy nanti. InsyaAllah. Betul-betul sebak semasa menulis entri ini. Semoga rakan blogger boleh mendoakan segala kebaikan dan kebahagiaan untuk anak saya. InsyaAllah...

Amin Ya Rab....

=(~~
Mummy Akmar