07/11/2012

Sesi Tanya Jawab Pembaca #1: Usaha Untuk Hamil Cetus Masalah RumahTangga Campur Tangan Ibu Mertua

SESI TANYA JAWAB PEMBACA # 1:

Hi,
Sedih baca kisah awk..sy da 2 tahun kawin n masih xda rezeki..tgh google cr mklumat ttg pakar kt kl n jumpe blog awk. Awk...sy pun nk kongsikan kisah sy. 2 tahun kawin masih xde anak n mak mertua syorkan husband kawin lain..pedihkan..dan lagi pedih bila jumpa org, mak mertua crita pasal ank2 kwn dia yg kawin sama tahun atau kemudian dr kami yg dh ada baby n minta kami cepat ada baby. Kalaulah sy boleh jawab yg semua tu rezeki dari Allah..tp apakan daya..disebabkn ikut cakap mak, suami sy duakn sy dgn berbaik smula dgn bekas kekasih dan sy dapat tahu semua tu di malam ulangtahun kelahiran sy..3hari selepas sy kehilangan ayah tercinta. Sampai hari ni sy masih tak mampu lupakn semuanya.
selesaikan masalah rumahtangga,ibu mertua suruh anak bercerai, ibu mertua masuk campur hal rumah tangga, punca penceraian dari ibu mertua, ibu mertua garang
Image: Google

Jawapan Mummy:

Salam kenal Puan. Terima kasih kerana sudi membaca blog ini dan terima kasih berkongsikan masalah yang dihadapi oleh Puan. Apa yang saya fahami adalah Puan dan suami inginkan cahaya mata dan ingin mencari maklumat tentang Pakar Perbidanan di Kuala Lumpur. Dalam usaha Puan hendak mendapat anak, masalah lain pula timbul iaitu campur tangan ibu mertua. Macamnilah Puan, apa yang boleh saya cadangkan pada Puan:-

Cadangan Pakar Perbidanan di Kuala Lumpur.
Untuk membantu Puan dan suami mendapatkan anak, saya syorkan Puan dan suami pergi ke pakar perbidanan yang saya percayai dan sudah terbukti kepakarannya kerana seperti yang Puan sedia maklum, saya sendiri, setelah membuat rawatan dan pemedahan dengan beliau, dengan kuasa Allah, saya pun mengandung. Pakar yang saya maksudkan itu adalah Prof. Dato' Dr. Hamid Arshat. Alamat dan lokasi, Puan boleh ke link di SINI

Puan perlu membuat temujanji dahulu untuk berjumpa dengan Prof. Dato' Dr. Hamid Arshat. Untuk pesakit baru, ia mengambil masa lebih kurang 2 bulan masa menunggu untuk berjumpa dengan Prof. Jadi saya sarankan, berbincang dengan suami dan cepat buat appointment dengan Klinik beliau.

Lebih elok, Puan suruh suami Puan untuk membuat sperm test dahulu dan bawa report sperm itu bersama apabila tiba masa untuk Puan dan suami mendapat konsultasi dengan Prof. Dan seterusnya, selepas dapat berjumpa dengan Prof, ikut betul-betul apa yang disuruh dan jangan skipped makan ubat.


Masalah Situasi Rumahtangga Dan Ibu Mertua.
Saya memang faham situasi Puan, sedang berusaha untuk dapatkan anak, tetapi lain pulak jadinya. Isu anak ini dijadikan suatu isu besar dan saya pernah laluinya. Apa yang boleh saya sarankan pada Puan. Banyakkan bersabar dan usaha serta dipanjatkan doa. Banyakkan bersedekah makanan atau wang ringgit kepada yang memerlukan. Mungkin secara sedikit atau banyak. Terpulang kepada Puan.

Puan, cuba pertahankan benteng keluarga Puan kalau boleh berbincang dengan baik bersama suami. Cuba ambil hati suami, berbincang dengan baik. Mungkin dia pon mengalami masalah dan tekanan dari beberapa pihak. Jika boleh, berjumpalah pakar kaunseling rumah tangga. Jangan cepat marah dengan keadaan dan situasi. Saya tahu, perempuan memang cepat marah apabila emosi mengawal minda kita. Tapi saya nasihatkan Puan, jangan cepat marah dan bersabar banyak-banyak. Banyakkan bersabar dan berdoa pada Allah. Minta Allah beri petunjuk kepada Puan, suami dan ibu mertua.

Dalam keadaan sekarang ini, mungkin ketegangan antara Puan dan suami membuatkan keadaan lagi keruh. Apakata, Puan dan suami ambil cuti dan pergi ke suatu tempat yang jauh dari ibu mertua atau sesiapa yang cuba untuk merosakkan rumah tangga Puan itu. Cuba semarakkan balik suasana romantis antara Puan berdua dan pada saat itu insyaAllah perbincangan dapat dilakukkan dengan baik. Bincang dengan suami apa yang dia mahukan sebenarnya? Bolehkah dia bersabar untuk berusaha bersama-sama Puan untuk mendapatkan cahaya mata? Puan kena tahu apa niat dalam hati suami Puan. Apa-apa pon keputusan Puan kena redha. Disebaliknya, jika keadaan memaksa, pergilah berjumpa dengan pakar perunding rumahtangga/mahkamah syariah untuk selesaikan masalah ini. Ingatlah, tiada masalah yang tidak boleh ada jalan penyelesaian.

Memang ada ibu mertua yang bersifat kejam semata-mata untuk menyenangkan hatinya dan sanggup berbuat demikian dengan menasihati anaknya sendiri untuk mencari pasangan yang lain tanpa mengira nasib orang lain. Puan, perkara ini Puan kena tabah lalui. Kalau boleh jangan bertindak untuk bercakap apa-apa dengan mereka, diamkan diri sahaja. Usaha dahulu untuk dapatkan anak. Manalah tahu insyaAllah dapat anak dan ini boleh meredakan keadaan semula. Apa-apa pon keputusan dan apa yang akan terjadi, Puan bersabar dan berdoalah banyak-banyak. Saya berdoa Puan dan suami akan kembali normal dan hubungan Puan dengan ibu mertua pun kembali baik.

Semoga kata-kata nasihat ini dapat sedikit sebanyak membantu Puan dalam menangani masalah Puan. Diharap mungkin blogger lain dapat memberi kata semangat dan nasihat kepada Puan ini.

Xoxo,
Mummy Akmar