22/11/2012

Rawatan Spa Kecantikan Di Rumah: Resipi Skrub Kulit Pai Epal

Salam semua, seperti yang dijanjikan, Mummy akan berkongsikan lebih banyak lagi kaedah Rawatan Spa Kecantikan Di Rumah bertaraf 5 bintang dengan menggunakan bahan-bahan segar semula jadi. Iaitu anda sendiri dapat menghasilkan produk kecantikan kulit yang baik untuk anda. Kali ini dengan resipi yang lebih sedap lagi, maksudnya dengan menggunakan bahan segar iaitu Pai Epal untuk kesan pengelupasan, vitamin dan juga melicinkan kulit serta bagi kulit anda berkilat.

Skrub Kulit Pai Epal 

Epal mempunyai beberapa faedah dari nutrisinya. Ia mengandungi 85% air, tinggi kalium dan Vitamin A dan C. Buahnya beri banyak manfaat kepada badan kita kerana ia mengandungi asid malic iaitu satu enzim pengelupasan yang terdapat dalam buah epal yang amat bijak sekali untuk membuang sel-sel kulit mati dan kotoran pada permukaan kulit.


ingin memiliki iphone 5 canggih, rawatan spa kecantikan di rumah, spa at home, rawatan spa sendiri
Image: Google

2 sudu besar gula perang

2 sudu besar gula pasir

1 sudu segar epal puri atau sos epal

1/8 sudu teh serbuk kayu manis

Campurkan semua bahan, kacau dengan baik. Dalam tab mandi atau pancuran mandian, anda perlu gosok kulit dalam gerakan membulat, menggunakan tuala, sarung tangan mandi, atau span loofah. Beri perhatian khas kepada bintik-bintik kasar seperti siku, tumit, dan lutut. Bilas dengan baik, dan diikuti dengan losyen badan yang kaya dengan kelembapan. Sukatan ini untuk menghasilkan kuantiti skrub yang sedikit. Bagi penggunaan banyak, tambahankan lagi sukatan.

Nota: Jika anda ingin menggunakan pada bahagian di muka, tinggalkan gula pasir. Hanya gunakan gula perang, kerana ia larut dengan perlahan dan ia lebih sesuai untuk kulit halus muka.


Selamat mencuba!

Xoxo
Mummy Akmar