21/11/2012

Rawatan Spa Kecantikan Di Rumah: Resipi Masker Muka Coklat

Ramai surimah dan wanita yang bekerjaya suka memanjakan diri dengan pergi ke spa kecantikan untuk mendapat rawatan dan juga menenangkan diri setelah penat bekerja. Kebanyakkan spa kecantikan ini amatlah mahal dan memerlukan seseorang itu membelanjakan banyak wang. Ada beberapa kaedah yang anda boleh ikuti di bawah untuk mendapatkan rawatan spa kecantikan sendiri di rumah bertaraf 5 bintang.

Mengapa perlu membelanjakan wang pada rawatan spa mahal apabila anda boleh melakukannya di rumah dengan menyediakan produk penjagaan kulit semulajadi sendiri di rumah. Terdapat bahan-bahan semula jadi hasil ciptaan alam yang boleh membuatkan anda nampak jelita disamping itu dapat menjimatkan wang bulanan anda. Bahan-bahan seperti, koko, madu, buah-buahan lain dan yogurt adalah hanya beberapa bahan-bahan yang sedap anda boleh gunakan dalam resipi spa di rumah untuk berehat seketika dan menenangkan fikiran anda. Kaedah ini senang, menjimatkan dan anda boleh memanjakan badan anda bila-bila masa sahaja.

Dari masa ke semasa, Mummy akan berkongsikan lebih lagi resipi mudah untuk menghasilkan produk penjagaan kulit dan sekaligus anda dapat menjalankan aktiviti rawatan spa kecantikan di rumah tanpa mengeluarkan kos yang tinggi. Berikut adalah resipi mudah untuk rawatan spa kecantikan di rumah:


Masker Muka Coklat

Ini adalah masker untuk muka yang mudah dan sesuai untuk kulit biasa. Ia akan membuatkan kulit muka anda licin, lembut dan seperti kain sutera. Krim dan madu dapat menambahkan kelembapan dan oatmeal dapat memberi efek kasar untuk membuangkan sel kulit mati. Baunya yang sangat wangi dapat menaikkan aroma romantis dan sedap dimakan. Nikmatinya!


spa kecantikan di rumah, cara mudah spa kecantikan sendiri, spa kecantikan mahal di rumah
Image: Google

1/3 cawan serbuk koko

3 sudu besar heavy cream

2 sudu keju kotej

1/4 cawan madu

3 sudu serbuk oatmeal

Campurkan semua bahan bersama-sama dan ratakan ke muka. Biarkan selama 10 minit, kemudian bilas dengan air suam.

* Courtesy Bliss Spa, New York


Nantikan lebih banyak resipi selepas ini di entri berikutnya. Bon Appetite! Eh, maksud Mummy Selamat Ber-Spa! Dan Selamat mencuba!

Xoxo,
Mummy Akmar