07/11/2012

Perkembangan Pencapaian Anak 2 Tahun: Bercakap

Bertutur: Apa Yang Anda Boleh Harapkan Dari Anak Anda

Bercakap atau bertutur adalah perkara yang berkait rapat dengan mendengar dan memahami pertuturan. Dengan mendengar kepada yang lain, anak anda mula belajar bunyi ayat dari suara dan mencuba untuk menyusun perkataan untuk membentuk ayat.

Sebagai bayi, mereka akan membuat bunyi-bunyian, dan juga cuba bagaimana untuk membuat bunyi tersebut kepada perkataan sebagai contoh "mama" dan "papa" yang mungkin dapat dihasilkan oleh mereka seawal 9-10 bulan. Pada masa mereka meningkat umur satu tahun, mereka akan cuba untuk meniru bunyi yang didengari sekeliling mereka. Dan anda mungkin mendengar mereka mengagah. Ini hanyalah difahami oleh mereka sendiri atau mungkin anak yang berumur 1 tahun yang lain yang hanya memahami percakapan anak anda.

Dalam tempoh pertumbuhan yang luar biasa, sedang anda melihat anak anda dari hanya boleh bertutur perkataan yang senang, mereka akan mula membuat ayat pertanyaan, memberi arahan, malah mereka boleh mula reka dan bercerita.

Perkembangan Bayi Umur 2 Tahun, Anak Mula Bercakap, Tips Untuk Ibu Yang Mempunyai Anak Umur 2 Tahun, Cara Untuk Dapat Anak Petah Bercakap
Image: Google

Apa Yang Akan Anda Dengar

Sejak anak anda telah mula menguasai perbendaharaan dan kosa kata yang lebih besar, mereka akan mula bereksperimen dengan modulasi. Mereka mungkin menjerit untuk bercakap seperti orang biasa dan berbisik apabila menjawab soalan. Dengan ini mereka tidak lama lagi akan menguasai kelantangan yang sesuai untuk mereka.

Mereka juga mula dapat memahami kata ganti diri, seperti "saya dan kamu". Antara umur 2 dan 3 tahun, perbendaharan kata akan meningkat dari 50 patah perkataan kepada 300 patah perkataan. Mereka akan mula dapat memahami kata nama dan kata kerja dan membentuk ayat-ayat yang mudah tetapi lengkap seperti "saya nak mandi".

Mereka juga mula dapat memahami dan bercakap tentang peristiwa yang berlaku pada masa lalu, walaupun dia tidak memahami konsep kata kerja yang tidak teratur dan bercakap tentang "semalam saya pergi taman permainan" tetapi perkara ini sudah berlalu 2 minggu lepas.

Anda mungkin tersenyum melihat telatah anak anda kerana ini adalah satu pencapaian yang patut dibanggakan. Kerana anak anda sudah berjaya ke suatu tahap yang lain. Pada saat ini, mereka sudah pandai mengaturkan tatabahasa dan mengenali bila sesuatu kejadian. Pada usia ini anda anda akan mula menjawab soalan-soalan mudah yang diajukan kepada mereka.

Apabila mereka meningkat usia ke 3 tahun, anak anda akan menjadi pembicara yang lebih sofistikated. Mereka akan berbual dengan cara berterusan dan menyesuaikan nada mereka, corak pertuturan dan perbendaharaan kata apabila berdepan dengan situasi tertentu.

Pada masa sekarang, orang dewasa dan sekeliling sudah patut memahami apa yang anak anda mula bertutur. Ini bermaksud, anda tidak perlu lagi untuk menterjemah perkataan yang mereka sebut.

Diharap info sebegini dapat membantu para ibu untuk memahami kata-kata anak anda. Dengan itu, anak anda akan terasa lebih difahami dan cepat mempelajari sesuatu dengan bantuan anda.

Xoxo,
Mummy Akmar