30/11/2012

Masalah Rumahtangga Pembaca Blog Qashmere

Selamat pagi dan Salam sayang buat semua di hari Jumaat yang barakah ini. Semoga semuanya ceria selalu disamping orang tersayang dan mendapat keberkatan dari pada yang maha Esa

Ramai yang bertanya tentang "kenapa Mummy dah kurang tulis tentang pengalaman bercerai" atau "mana cerita sedih dari pengalaman Mummy sendiri membesarkan anak seorang diri". Mungkin berkat doa Mummy untuk rasa lebih gembira tu dimakbulkan tuhan, sebab itu niat nak tulis tentang kisah sedih yang dilalui itu terbatas. Memang dalam hati nak berkongsi tentang pengalaman mengandung tanpa suami, perasaan sewaktu diceraikan, bagaimana untuk membina kekuatan semula daripada kesedihan yang dialami selepas bercerai dan bermacam lagi. Malah bukan itu sahaja, tentang pengalaman rawatan kesuburan dan usaha untuk mendapatkan anak. Serta tentang hal-hal ibu tunggal yang ramai nak tahu. Dalam hati memang nak berkongsi tetapi disebabkan kekangan masa.

Image: Google

Banyak betul inbox email yang Mummy terima, mintak tanya bermacam-macam pertanyaan dan Mummy hanya sempat kongsikan 1 sahaja dengan pembaca blog lain. Draft ada dua sedang diusahakan. Lain-lain pertanyaan masih belum dapat di draft kan dan dikongsikan untuk pembaca buat panduan. Walaupon tak sempat nak kongsi bersama pembaca yang lain, kepada yang bertanya, Mummy cuba reply mana yang mampu melalui email. Nasib ada smartphone yang berteknologi tinggi dapatlah Mummy reply email pembaca dimana-mana sahaja.. Dan kadang tu thread email tu panjang berjela-jela pulak jadinya. Sehingga Mummy dan pembaca sudah jadi kawan di alam maya pula. Itulah kelebihan teknologi yang kita ada sekarang ini. Telefon pintar sememangnya banyak memberi kelebihan kepada semua orang lebih-lebih lagi ibu tunggal macam Mummy ni.

Terus terang Mummy meminta maaf jika permintaan kalian tidak dapat ditunaikan kerana sibuk di pejabat, manakala balik di rumah sibuk melayan anak lagi pula dah keletihan. Memang niat di hati, kalau boleh semua permintaan itu dapat ditunaikan. Mohon maaflah kepada yang lain di atas kekurangan diri ini. Kan best kalau dapat berjumpa dengan pembaca yang ada masalah sambil menikmati English Hi-Tea. Macam bukak kaunter pertanyaan lah pulakkan.

Banyak pertanyaan tentang dilemma suami samaada nak bercerai, masalah dengan ibu mertua, masalah untuk memilih peguam syarie, masalah peguam syarie yang tak buat kerja serta tak mengikut kehendak mereka, pertanyaan tentang kos failkan kes saman ke atas bekas suami dan bermacam-macam isu berkenaan dilemma tentang hal rumah tangga. Terima kasih Mummy ucapkan, kerana kalian semua rajin nak bertanya kepada Mummy yang tidak seberapa ini. Bukannya Mummy ni hebat sangat untuk membantu, tetapi Mummy paham, apabila anda meluahkan pada seseorang, ia memang banyak membantu mengurangkan bebanan tekanan perasaan dan kesedihan yang dialami tu. Mana yang sempat dijawab tu Insha Allah Mummy jawab. Cuma niat di hati nak berkongsi dengan pembaca tu terbatas.

Insha Allah, kalau berkesempatan Mummy kongsikan sedikit demi sedikit dengan semua.

Xoxo,
Mummy Akmar