14/11/2012

Laptop Sudah Sihat YEAY!

Salam semua! Hoorey! *Alhamdullilah* Laptop Mummy kembali pulih dan sedia untuk berkhidmat kepada boss dia. Hahaha. Adoilah...Patah tangan, kaki dan sayap tanpa laptop kesayangan Mummy ni. Seminggu lebih tanpa laptop adalah suatu penyeksaan. Ewah...Ini dah tahap kronik lah pulak kan. Sanggup beli CD Windows XP nak format sendiri. Simpan CD tu dah dekat 1 minggu lebih tapi kerja tak jalan jugak. Konon nak format laptop sendiri katanya. Aiseyman...masa memang takder plak. Hantar je laptop ni dekat Dell Service Centre, 3 jam je dia settle kan semua dan bayar je RM 70. Siap! Itulah, masalahnya masa tu asyik takde je.

Okay! Mummy just nak update sikit aktiviti last week. Jumaat lepas Mummy dapat jemputan untuk makan dan buat "Food Review" di salah sebuah restoren di Hotel Eastin. Disebabkan Mummy ini peminat makanan Jepun, sanggupku redah highway Ipoh-KL. Hihihihih Kami bermalam di KL sampai hari Isnin dan malam tu juga Ayah Yob hantar kami balik ke Ipoh. Mummy hanya sempat dapat update blog pon tentang Anugerah Skrin 2012 semasa di rumah abang di KL.

Eyuzu Japanese Restaurant, Food Review at Eastin Hotel
Jemputan dari team Marcomm Eastin Hotel untuk makan dan buat review tentang restoren Jepun.


Alhamdullilah juga, contest Iphone 5 Gadget Impian, Mummy dapat tersenarai sebagai peserta untuk ke cabaran yang lain. Semoga dapat Mummy jalankan tugasan ini dengan baik. Siapa taknak iPhone 5 kan?? Nakkkkkkkkk!!! Hahaha

denaihati, qashmere, blog qashmere, blog ibu tunggal, pertandingan iphone5, iphone 5 gadget impian
Fuh-fuh...moga-moga menang. Hahaha...boleh ke tembus *pemanis ikut skrin laptop ni atau guna kuasa penunduk* Eh..ini sebab ada orang fitnah Mummy ni ada kuasa seumpama itu. Semoga, orang-orang shirik dapat balasan yang setimpal dengan fitnah yang disebar. (tiba-tiba)

Di Kuala Lumpur, macam biasa aktiviti makan-makan terus dijalankan seperti biasa. Masak sedap-sedap dan makan. Tidak lupa juga makan diluar. Aduh. Asyik mengunyah je. Huhuhuhu. Perkara paling gigih adalah sanggup ke IKEA pukul 8.30pm dari USJ. Sampai-sampai pun dekat pukul 9 malam. Dah lah order macam-macam. Qashrin paling seronok dapat jalan-jalan dan makan-makan ni.

 Sampai menjilat jari tu makan spaghetti. Mummy rasa, sedap lagi Mummy masak spaghetti ni dari IKEA punya. Tapi, si Qashrin ni bagi jelah spaghetti jenis apa, dia memang minat dan akan makan.
2 spaghetti kids meal, 1 apple cake

 Meatballs, eh ada blueberry muffin disitu.

Chicken Wing dan Rosemarry Chicken dan juga Fish & Chips (tak sempat snap)
Makan tak mengalah betul. Haha Yang pergi Opah, Mummy, Qashrin dan Adrian. 
Menu tak ingat punya...takperlah sekali sekala kan... Eh terlupa boiled potato with sauce tu pon ada. Eheks.

Dah makan-makan, tak jalan pun dekat ikea tu. Ingat nak ke The Curve macam dah tak sempat. Turun bawah, kami beli 6 ketul karipap, 2 ice cream cone untuk budak-budak ni dan juga 1 hotdog. Sampai je rumah dalam 11 lebih. Memang loading tak ingat punya. Biarlah.....asalkan bahagia dan gembira katanya :P~

Okay sampai disini dahulu. Mwahssss!

Xoxo
Mummy Akmar