23/11/2012

Kimora Lee Simmons Dan Djimon Hounsou Berpisah

http://blog.qashmere.net/2012/11/iphone-5-gadget-impian.html, iphone 5 gadget impian
Ini adalah suatu yang mengejutkan apabila pasangan yang dikenali ramai Kimora Lee Simmons dan Djimon Hounsou telah berpisah.

Djimon Hounsou dan Kimora Lee Simmons telah berpisah dengan rasminya selepas bersama 5 1/2 tahun walaupun mereka tidak pernah berkahwin dan telah mempunyai seorang anak bersama yang bernama Kenzo Lee Hounsou yang hanya berumur 3 1/2 tahun.

Ratu Fabulosity ini mula mengenali antara satu sama lain pada March 2007 dan pada June 2012 berita tentang pasangan ini berpisah telah mula digembar gemburkan. Kimora kini mempunyai 3 anak, masing-masing Aoki Lee, Ming Lee dan Kenzo Lee. Dua anak perempuannya adalah hasil dari perkahwinan pertamanya bersama rap/media taikoon Russell Simmons

Kimora sendiri telah mengistiharkan tentang hubungannya di Twitter: "There have been quite a few hurtful rumors circulating. The truth is Djimon+I have been separated for some time. We have remained happy, loving, co-parenting friends+family. We all have much to be thankful for."

Mereka seolah-olah berpisah dengan cara yang baik dan tidak mengabaikan tanggungjawab masing-masing sebagai ibu dan bapa kepada Kenzo Lee Hounsou.

Sumber: E News