10/11/2012

Keputusan Anugerah Skrin 2012

Semalam sudah berlangsungnya Anugerah Skrin 2012 kali ke 14 di TV3. Penganjur telah memilih tema "Selami Dunia Fantasi Kami" (Fairytale) untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat dan karyawan dunia seni tanah air. Nampak kelainan dan berbeza dari tahun sebelumnya. Mungkin ramai ada komen tersendiri tentang Anugerah Skrin 2012 kali ini. 

keputusan anugerah skrin 2012, tema anugerah skrin, neelofa, awal ashaari, calon-calon kategori anugerah skrin 2012,
Image: Rotikaya


Berikut adalah senarai pemenang untuk 25 kategori yang dipertandingkan:-

1. Lakon Layar Terbaik Filem – Dain Said (Bunohan)
2. Lakon TV Terbaik – Lum Pung Hui (Di Telapak Kaki Bonda)
3. Videografi Terbaik – Aku Mahu Terbang (Neon Entertainment)
4. Laporan Khas/Berita Terbaik – Bom Jangka (Berita TV9)
5. Drama Komedi Terbaik – Elly & Apit (Red Communications)
6. Rancangan Realiti Terbaik – Jemputan Umrah (Episod 1)
7. Anugerah Artis Harapan Pantene – Putri Balqis (Pelarian)
8. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Bella (Labour Day Special)
9. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama – Namron (Parit Jawa)
10. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama – Sherry Merlis (Di Telapak Kaki Bonda)
11. Rancangan Hiburan Terbaik – Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25
12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Lisa Surihani (Ombak Rindu)
13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Syafie Naswip (Songlap)
14. Pelakon Wanita Terbaik Filem – Maya Karin (Ombak Rindu)
15. Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Shaheizy Sam (Songlap)
16. Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik – Dunia Tersembunyi
17. Rancangan Muzikal Terbaik – Anugerah Juara Lagu Ke 26
18. Pelakon Wanita Terbaik Drama – Ruminah Sidek (Parit Jawa)
19. Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Abu Bakar Omar (Gincu Ayah)
20. Pengarah Terbaik Filem – Fariza Azlina & Effendee Mazlan (Songlap)
21. Pengarah Terbaik Drama - Kabir Bhatia (Di Telapak Kaki Bonda)
22. Anugerah Yasmin Ahmad – Pierre Andre
23. Drama Rantaian Terbaik – Jangan Ambil Padang Kami
24. Filem Terbaik – Bunohan
25. Drama Terbaik – Di Telapak Kaki Bonda