18/11/2012

Kenduri Berkhatan Penuhi Aktiviti Hujung Minggu Musnah Harapan Untuk Berdiet

Sabtu semalam, lepas balik dari kerja separuh hari, Mummy terus ke rumah kakak no. 2 untuk meraikan Majlis berkhatan dua puteranya. Seperti biasa, ini bermakna diet akan musnah berderai jatuh ditimpa tangga. Hahah..Itulah kata-kata sedih yang terpahat di dalam hati Mummy ni. Apakan daya, yang Mummy ini seorang yang suka makan. Angan-angan untuk berdiet tu boleh tolak ke tepi jauh-jauh dulu masa tangan sedang ambil makanan lazat masuk ke dalam mulut.

Usaha nak berdiet itu takpernah menjadi sangat. Dalam berpantang lepas lahirkan anak, walaupon berjaya turun 20kg sampai susut badan-badan ni, tetapi disebabkan abis sahaja tempoh berpantang di Hari Raya ke 5 pada waktu itu Selera makan memujuk rayu untuk dimanjakan setelah lama berpantang hanya makan bubur, sup sayur dan juga tekanan perasaan kesan dari bercerai serta penat lelah menjaga Qashrin semasa bayi. Makan dengan penuh ghairah itu membuatkan post baby weight ini menjadi bertambah-tambah sehingga kini.

Pelbagai usaha untuk kuruskan badan dilakukkan. Untuk pertama kali pada bulan Ramadhan hanya mampu bertahan 2 minggu dan tidak berjaya diteruskan kerana menu berbuka yang lazat. Hahaha...Adoih. Keluarga Mummy ni kalau bab makanan, Ya Allah....mesti orang lain takot tengok menu-menu dan kuantiti. Itulah maknanya bersyukur dengan rezeki Allah. Sampai menebal dah spare tyre yang ada. Dari sport rim kereta kancil terpaksa tukar sport rim kereta alphard nampak gayanya. Hahaha.

Cubaan lain yang menggunakan duit adalah apabila melihat lawyer syarie nampak kurus betul. Mulut ni terus bertanya "Puan, apesal Puan nampak kurus ni, apa rahsianya"...Puan jawab, "saya makan Litchin" Perbincangan berterusan sehingga Puan berjaya memperdayakan diri ini untuk membeli 1 packet yang berapa RM200++ tak ingat harganya. Waktu itu bekerja di Kuala Lumpur. Bila makan untuk day time punya kepala jadi blur, jantung laju dan memang agak susah nak berfikir sama seperti efek Duromine. Untuk night time pula, fibre drink yang membuatkan perut memulas keesokkan harinya. Macam biasa, segala ubat untuk kurus ini perlu penggunanya meminum air yang banyak. Dalam meeting blur, nak menyelesaikan masalah blur yang sememangnya dah blur! Hahaha..Maka, pengambilan Litchin ni STOP serta merta demi mengurangkan blur dan juga mata tak tahan tengok makanan lazat tu.

Cubaan kedua, aunty Mummy telah membuat surprise dengan memberi 1 tin alpha lipid sebulan lepas. Simpan jugak tin tu dekat 2 minggu baru nak mencuba. Rasa macam Herbalife. Aiseyman! Kuatkan diri juga meminum dan hanya bertahan 2 minggu. Efeknya terasa panas, sampai dapat ulser mulut dan buat kita terasa nak membuang air besar. Efek yang ini boleh tahan lagi. Tapi usaha itu sudah STOP seketika.

Sebenarnya bermacam-macam usaha nak berdiet telah dilakukan dari dulu. Kurus sekejap naik balik, sekarang nak turun usaha dan semangat tu tidak ada. Memang Mummy akui, dulu agak chubby jugak badan ini, tapi Mummy boleh pakai mini skirt dan baju-baju zaman kegemilangan. Hahaha..Tapi bila badan dah naik ni..Hahaha...rasa macam tak konfiden sangat. Bermacam-macam cara, sepanjang hidup ni dah pernah pergi ke Marie France, makan pill duromine, reductil dan beberapa pil yang lain yang semua efek pada jantung. Konon nak naikkan kadar metabolisme dengan menggunakan penggunaan dadah. Lepas tu enrol gym Fitness First, waktu ini semangat berkobar-kobar siap beli kasut Nike RM400++ dan di bantu oleh Personal Trainer dan mentor (BFF). Memang nampak berkesan daripada larian threadmill dan bermacam-macam peralatan di gym tu. Muka memang susut macam gambar dekat intensedebate profile. Waktu itu Qashrin pulak asyik sakit. Terpaksa ulang alik ke KL Ipoh. Semangat tu terkubur je lah.

Dengan ini, malas betul nak fikir pasal diet. Just embrace what I have now at the moment. I love food, I like to eat and just be myself. Hahahaha (Ayat nak sedapkan hati, jiwa dan raga)

Ohmaigad! Panjangnya Mummy citer pasal diet, padahalnya nak cerita pasal kenduri semalam je. Hahahaha! Ini konsep luahan hati bila bangun pagi-pagi ni. Sementara menunggu kuetiow kicap bersama sup kari dan fish balls, foochuk dan berbagai lagi untuk sarapan pagi. Pejam mata!

Meh tengok gambar semalam yang diambil dengan iPad sebab BB tertinggal ler pulak

iPhone 5 Gadget Impian
 Kari dalca..

iPhone 5 Gadget Impian
 Kurma ayam kampung

iPhone 5 Gadget Impian
 Air sirap pon ada

iPhone 5 Gadget Impian
 Ayam masak merah madu sampai 5 ketul Mummy makan..OMG~

 Ulam dan buah tembikai

iPhone 5 Gadget Impian
Siapa tahan tengok menu macam tu? Not me! I can't!!!!! Hahaha.....Mummy bersama sepupu dan Qashrin. Ya Allah, serabai betul rambut tu. Kena trim balik. Tengok ler muka Mummy tu dah kembang kalau nak berbandingkan yang sebelum ini. Who cares...I like to eat. Kalau ada orang ejek gemuk, Mummy akan cakap "Yea I'm fat, you are ugly, I can diet...YOU"? Bhahahahahahah

Okaylah, layan je merepek Mummy di pagi ni. Opah dah panggil berjuta kali suruh makan pagi sementara makanan masih panas. Oh yeaa...kuewtiow kicap...come to mummeh! 

Xoxo
Mummy Akmar