17/11/2012

Kebaikan Susu Pediasure COMPLETE By Abbot Laboratories

Semenjak Mummy buat posting tentang penukaran susu Qashrin ke Pediasure COMPLETE ini, banyak betul traffik yang datang ke blog ini mencari maklumat tentang susu kegemaran Qashrin ni. Mesti para ibu-ibu yang ingin tahu lebih lanjut tentang kebaikan susu ini.



info tentang penggunaan susu formula, pediasure complete abbot laboratories,  susu pediasure untuk bayi, kebaikan pediasure, pediasure untuk picky eater, pediasure untuk naikkan berat badan, pediasure untuk bayi sihat
Image: Google

Banyak yang kata Pediasure COMPLETE ini adalah susu untuk "picky eater" atau anak yang susah nak makan dan solusi bagi ibu-ibu ini memberi anak mereka dengan susu dari buatan Abbot Laboratories ini.  Dengan harapan, anak akan ada selera untuk makan yang tinggi. Ya, tidak dinafikan dan ia memang benar kerana formula susu ini yang penuh dengan khasiat, mineral, vitamin dan fiber yang sesuai untuk anak yang berumur 1 tahun.

Ada pula yang mengatakan dan mempercayai yang susu ini boleh memberikan anak anda lebih nutrien. Iaitu dengan harapan anak anda akan nampak lebih gebu dan comel atau lebih tepat lagi dapat bagi badan anak anda berisi sedikit. Ini adalah cara alternatif lain untuk ibu-ibu di luar sana tambah berat badan anak mereka. Mungkin ada faktanya disitu kerana anak abang Mummy sendiri pon menggunakan susu ini dan memang jelas ternyata anak dia sangat gebu badannya.

Daripada pengalaman hampir setahun memberi anak minum susu Pediasure COMPLETE ini, memang nampak perubahan yang ketara. Selera makan Qashrin bertambah, walaupun dia memang jenis yang suka makan. Kalau makanan yang kena dengan tekaknya dan menyelerakan, Qashrin boleh makan semangkuk penuh. Kini, Qashrin seolah-olah pandai mengimbangkan keperluan makanan dan juga keperluan untuk meminum susu.

Antara perubahan lain yang Mummy nak kongsikan disini adalah Qashrin sangat pintar. Seorang anak yang bijak bertutur dan pandai membuat penyusunan ayat. Mummy tidak tahu samaada anak zaman kini memang sepintar seperti Qashrin kerana perkembangannya terlalu membanggakan Mummy. Ini bukan nak membangga-banggakan anak sendiri tetapi ramai sudah memberi tahu Mummy yang Qashrin seorang anak yang terlalu bijak. Banyak yang memberi komen positif, seolah-olah tidak mempercayai Qashrin hanya berumur 2 tahun. Di harap perkembangan dan kemajuan ini diteruskan dengan lebih baik di masa hadapan.HOT! Tips Anak Pintar

Perubahan lain yang Mummy nampak adalah apabila Qashrin cepat sembuh apabila diserang penyakit seperti selsema dan batuk. Sekarang, jarang sekali kalau tengok Qashrin nak demam. Untuk pengetahuan semua, semenjak Qashrin berumur 6 bulan ke atas sehinggalah berumur 1 tahun. Qashrin senang dapat penyakit. Kalau dapat penyakit selsema terus melarat ke batuk dan demam yang memerlukan penjagaan rapi oleh doktor pakar atau dalam erti kata lain, perlu dimasukkan ke Hospital. Alhamdullilah, semenjak bertukar ke susu Pediasure COMPLETE ini, Qashrin senang dan cepat sembuh dari penyakit. Selsema yang sekejap, batuk yang tidak berpanjangan. Semestinya Qashrin masih memerlukan khidmat doktor pakar untuk ubat-ubatan. InsyaAllah, dalam masa 1 minggu selsema dan batuknya akan sembuh. Dulu, kalau Qashrin terkena selsema atau batuk, Mummy mula panik. Mesti akan ditahan di Hospital Pantai Ipoh. Tetapi, kini tidak lagi.

Inilah antara kebaikkan susu Pediasure COMPLETE ini. Harganya berubah dari dulu harganya untuk 900gm hanya RM68++ tapi kini untuk harga semasa sudah mencecah RM72++ untuk tin standard. Kadang-kadang pernah harga susu Pediasure COMPLETE naik sehingga RM78++. Harganya tak menentu seperti kenaikkan dan penurun saham di BSKL pulak. Semoga harganya tidak mencecah sehingga RM80++ kerana penggunaan susu untuk sebulan adalah 4 tin untuk Qashrin.

Diharap, perkongsian tentang pengalaman Qashrin meminum susu Pediasure COMPLETE ini dapat dimanfaatkan bersama. Info ini untuk para ibu-ibu yang ingin mencari maklumat tentang susu formula dan yang ingin bertukar kepada susu formula yang lain. Ia juga sesuai bagi ibu-ibu yang ingin tambah berat badan anak, menaikkan selera anak untuk makan dan memperkuatkan pertahanan sistem imunisasi badan terhadap penyakit. Segala maklumat yang diterangkan ini adalah berdasarkan pengalaman Mummy memberi Qashrin minum susu ini.

Xoxo
Mummy Akmar