31/12/2012

iPhone 5 Gadget Impian

INI ADALAH ENTRI MELEKAT, SETERUSNYA ADALAH ENTRI BARU
Updated: 27-11-2012

Memiliki iPhone 5 Gadget ImpianYa, ia adalah satu contest yang menjadi idaman ramai. Masing-masing mencuba berusaha guna teknologi blog tertentu demi mendapatkan telefon pintar. Termasuk juga Mummy tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan iPhone 5 Gadget menjadi Impian Mummy. 


Nak tahu lebih lanjut tentang iPhone 5 Gadget Impian ini, anda semua boleh dapatkan info dari blog Denaihati. Antara artikel berkenaan iPhone 5 Gadget Impian adalah:

1. iPhone 5 Gadget Impian

2. iPhone 5 Malaysia vs Singapore vs Hongkong vs USA
3. iPhone 5 Malaysia Pertama
4. iPhone 5 vs Samsung Galaxy S3 Drop Test
5. iPhone 5 Gambar dan Video
6. iPhone 5 Dilancarkan
7. iPhone 5 Countdown
8iPhone 5 Dah Sampai Malaysia



Ini adalah saat paling tak disangka kerana Mummy memang berhajat nak bertukar handphoneke iPhone. Semenjak bercerai dan mengandung, Mummy dihadiahkan oleh abang Mummy dengan smartphone
Curve 8520 untuk menggembirakan hati Mummy ini. Tidak lama kemudian, Mummy juga dihadiahkan jenama sama yang sedang Mummy pakai kerana Black berry yang lama tu dah alami sedikit kerosakan terkena muntah baby semasa berpantang, jatuh dan bermacam-macam kisah tragik yang dialami oleh Curve tu. Alhamdullilah, rezeki terlalu murah dan dapat kedua-dua smartphone ini dengan PERCUMA. Tetapi setelah memakai smartphone ini ada banyak kelebihan dan kekurangan tertentu nak berbandingkan dengan iPhone 5 yang berteknologi dan canggih.

iPhone 5 Gadget Impian | Contest miliki smartphone terbaru dari Apple ikhsan Denaihati Networks


Mungkin kali ini adakah tuah akan menyebelahi Mummy untuk mendapatkan iPhone 5 Gadget Impian? Memang berniat nak bertukar ke smartphone yang baru dan amat meminati iPhone dan iPad kerana:

1. Gadget Impian ini mempunyai banyak apps dan online-game yang interaktif untuk kanak-kanak kerana Mummy nak Qashrin dapat merangsang pembelajarannya melalui pelbagai medium dan kaedah.

2. Disebabkan Mummy sekarang serius ber-blogging. Oleh itu, Mummy nak gunakan iPhone 5 ini sebagai alat tambahan untuk ber-blogging salah satunya ialah kameranya yang beresolusi tinggi untuk mengambil gambar dan boleh edit menggunakan apps yang mempunyai pelbagai efek untuk mencantikkan sesuatu gambar. Jika impian iPhone 5 Gadget ini tercapai - akan menemani Mummy di mana-mana dan merakam saat-saat manis Mummy dan Qashrin dan perkembangan tumbesaran hatiku ini.


3. Ramai ahli keluarga sudah mempunyai iPhone dan iPad2. Apabila Qashrin berjauhan ikut Opah ke Kuala Lumpur, Mummy terpaksa pinjam Apple iPad anak saudara untuk Facetime call dengan Qashrin di Kuala Lumpur untuk melepaskan rindu. Kan best kalau iPhone 5 sentiasa berada dengan Mummy dan dapat bila-bila masa sahaja boleh facetime call dengan anak kesayangan Mummy tanpa berkongsi dengan yang lain.

Jika Mummy dapat iPhone5 di-impikan ini, Mummy adalah orang paling gembira dan akan Mummy gunakan iPhone gadget ini untuk dengan baiknya untuk kegunaan kami berdua. Semoga Mummy menang! Amin! Hehehe


iPhone 5 harus dimiliki idaman impian blogger



Contest iPhone 5 Gadget Impian anjuran Denaihati di taja oleh "eQurban.com, StudioAksara.com, AbangEnsem.com, AriffShah.com, Eizil.com, Sweetkurma.com, Azri.my, Serverfreak.com dan Denai.my"

P/S; Apple memang canggih dengan teknologi iPhone 5 Gadget Impian! Lihat video diatas dan sidebar Mummy di Blog Qashmere!

Xoxo,
Mummy Akmar 

INI ADALAH STICKY iPHONE POST

iPhone 5 Gadget Impian Reviewed by: Akmar Ahmad Tah on Nov 27 2012
Apple iPhone 5 gadget harus dimiliki di-impikan cabaran blogger.
Cabaran paling getir blogger mendalami ilmu dan teknologi search engine dan keyword iPhone 5 Gadget Impian anjuran Denaihati Networks serta rakan-rakan. - 
Rating: 5