05/11/2012

Hujung Minggu Tanpa Laptop

Assalam dan Selamat bekerja di hari Isnin yang semua akan rasa mengantok, boring, lapar, penat meeting dan bermacam-macam lagi. Biasalah hari pertama bekerja selepas 2 hari bercuti.

Bagi Mummy hujung minggu dilalui agak pelik sedikit berbanding minggu-minggu sebelum ini kerana tanpa laptop kerana masih belum baik pulih lagi. Mummy hanya dapat BW je pinjam pakai iPad anak saudara. Sabtu lepas Mummy kerja separuh hari. Opah dan Atok pergi ke Kuala Kangsar untuk meraikan majlis Aqiqah anak abang (Pak Uteh). Disebabkan taknak Opah letih menjaga Qashrin, Mummy suruh mereka letakkan Qashrin di rumah abang (Pak Nek) yang lagi satu. Memang seronok sangatlah Qashrin dapat berjumpa partner in crime dia (Kak Maisarah dan Abang Azran). Sesudah abis kerja, balik terus ke rumah Pak Nek, Ayah Yob, Abang Edry dan Abang Adrian pun sampai dari KL untuk makan tenghari.

Aduihai, menu makan tenghari yang memang tidak boleh berdiet, Ayam Goreng Rempah, Kari Sotong, Kari Udang Harimau, Kari Kepala Ikan dan Papedom dari Kedai Salim Jalan Kampar serta dibeli pulak cendol pulut warisan 6 paket besar. Siapa boleh tahan kan? Hahaha. Gambar tak sempat amik lah plak. Kalau nak tahu tentang Salim Jalan Kampar tu boleh klik SINI.

Kami duduk di rumah Pak Nek sampai ke petang sampai pukul 4ptg dan pulang ke rumah Opah lepas tu. Sampai je rumah Opah, dihidangkan pula lauk yang dibekal dari Kuala Kangsar, nasi beriyani, kurma daging kambing, daging kambing panggang, ayam masak merah, ikan fillet sweet and sour dan acar timun. Aiseyman...makan lagi. Takkan tak jamah? Semua makan kali ke dua. Hahahaha..Dang! Hari hujan sejuk-sejuk, masing-masing double lapar la plak. >.<


Sinister, Weekend Activity, Qashmere Malaysia Online Shopping, Plus Size Fashion
Image Via: Wikipedia 

Hari Ahad pula, lain pulak ceritanya. Niat dihati nak update Jubah Kaftan dari Indonesia dan baju kurung peplum yang baru sahaja sampai untuk koleksi terbaru Qashmere, tergendala sebabkan laptop masih sakit. Jadi, anak-anak saudara ajak tengok wayang. Cerita Sinister!!. Aduhai. Takoooot please cerita ni. Terjerit-jerit Mummy dalam panggung wayang sebab terkejut dan kes pembunuhan yang mental torched sangat. Itu pon banyak scene yang tak dapat dilihat sebab tutup mata dengan kotak popcorn. Jerit punya jerit kadang-kadang sampai tak sedar diri terjerit kuat sampai satu panggung pon gelakkan kami semua. Hehehehe.Weoll pergi berempat, Aiman, Edry, Marissa dan Mummy. Aiyoooo. Menyesal setuju cadangan budak-budak ni. Baik tengok Skyfall 007!! Bagi sesiapa nak nak tahu cerita Sinister yang saiko ni boleh ke SINI.

Balik je tengok cerita ni, masing-masing bagi komen tentang cerita saiko ni. Masing-masing buat cerita sendiri jadi Direktor Filem mengatakan salah sorang dalam keluarga mereka akan buat macam anak dalam cerita tu termasuklah Qashrin akan buat macam ni macam ni..... Hahaha...Taklarat nak tulis dekat sini sebab scary jugak dan lawak. Budak-budak ni memang pintar boleh mempermainkan pulak watak budak perempuan tu pulak.

Balik rumah dalam pukul 6 lebih, Qashrin dah tunggu depan pintu dan tanya "Mummy pergi manaaaaa? Qashrin cari Mummy......" Apalagi peluk dia, kiss-kiss, bagi makan dinner, layan main toys dengan dia, baca buku untuk dia dan biarkan dia bermain dengan sepupu yang lain. Qashrin dapat selsema pulak semalam. Semoga cepat sembuh darlinggggggggku...

Xoxo,
Mummy Akmar