02/11/2012

Heidi Klum Beramal Tanpa Solekan Untuk Kanak-Kanak

Heidi Klum, Bear Faced Day, Berita Artis Hollywood Terkini, Artis Hollywood Terkenal, Fesyen Terbaru Artis
Gambar: BBC Children In Need "BearFacedDay"
Kita sering melihat model terkenal Heidi Klum cantik disolek dengan pakaian designer mewah.

Tetapi kali ini, model popular ini telah menampilkan dirinya tanpa solekan/make-up untuk "Children In Need" iaitu satu inisiatif sebuah badan saluran TV terbesar di Britain untuk mengumpul dana bagi kanak-kanak yang memerlukan. Kempen "BearFacedDay" ini menggalakkan semua wanita untuk tampilkan diri mereka secara "natural beauty" tanpa solekan pada 9 November 2012 nanti bagi tujuan mengumpul wang untuk kanak-kanak tersebut.

Dan, kita boleh mengatakan, model untuk pakaian dalam berjenama Victoria's Secret ini nampak anggun walaupun tanpa solekan di mukanya.

Dalam foto kempen tersebut, Klum kelihatan tidak mengenakan solekan dan nampak kosong dengan rambutnya yang ditarik ke belakang dan terdapat cetakan bekas tapak kaki kecil beruang hitam di pipi kirinya. Apa yang anda fikir setelah melihat Klum dengan muka tanpa solekan itu?

Menurut US Weekly, ibu kepada empat anak ini, "saya begitu bangga untuk tahun ini dapat mengambil bahagian bagi Kanak-Kanak BBC dalam Kempen "BearFacedDay". Setelah bekerja dalam industri fesyen untuk beberapa tahun, saya seorang yang mempunyai kepercayaan teguh untuk mengalakkan dan memperkuasakan kelebihan wanita. Dan apa cara yang lebih baik untuk berbuat demikian adalah dengan menyokong sebuah badan seperti ini untuk kerja amal yang sangat hebat ini"

Sumber: E News