30/11/2012

Fitnah Yang Palsu Pasti Akan Terbongkar Kebenarannya

Semalam, Mummy dapat jemputan kahwin melalui Whatsapp. Dia adalah seorang kawan yang Mummy anggap sebagai kawan yang sangat baik dan boleh di anggap sangat istimewa dalam hidup Mummy. Eh, bukan istimewa yang bercinta-cinta ni yer. Beliau ini adalah seorang sahabat yang membantu Mummy dalam keadaan yang memerlukan. Erti kata lain, Mummy tidak pernah lupa jasa orang pada Mummy.

Beliau adalah seorang yang Mummy kenal dari bekas suami. Memang kami dah lama kenal, malah masa Mummy masih berumahtangga, beliau selalu jugak datang ke rumah kami jika ada makan-makan atau lepak-lepak.


Agak lama juga kami ber-Whatsapp bertukar cerita dan pendapat hampir sejam. Seronok dengar cerita dia dah bertemu jodoh. Jodoh yang ditemukan oleh Allah di sebuah pusat Gym. Haha. Kelakar juga dengar cerita dia. Majlis disebelah pihak perempuan sudah berlangsung di Royal Johor Golf Country Club. Beberapa keping gambar nikah dan bersanding sempat beliau hantar kepada Mummy. I am so happy for him. Sweet sangat!

Beliau bersungguh-sungguh nak jemput Mummy dan Qashrin:

Bla bla bla....
Mummy: Insha Allah nanti aku beli something untuk wedding gift kau. Teringat kau memang banyak tolong aku. Kau nak apa ni? Hahaha
Apis: Alaa dtg la takyah hadiah2
Mummy: Ish...aku tak ingin jejak kaki ke Kajang bandar penuh misteri tu
Apis: Ko jejak ke rumah aku trus. Kalau nak bg hadiah, aku nak sofa! TV Led ke..
Mummy: Insha Allah! Tak beranilah kata pergi! Amboi demanding..Sofa rumah aku pon kena lesap gitu je. Haha
Apis: Hahaha..Takper Nanti kita lepak2. Aku introduce wife aku. Boleh je jumpa area KL. Hahaha
Mummy: A ah itu lebih bernas. Minum petang sambil makan2 english hi-tea (sebab teringin macaroon & pavlova)
Apis: Okay set, aku pon duduk setiawangsa..any time..
Mummy: Yerker sewa rumah situ ke...
Apis: Dah buy pon..
Mummy: Ic..bagus! Well planned!

Dan chat kami berpanjangan sampai 1 jam kot...rupanya dia baru lepas gym dan tengah makan dengan wife. Risau jugak mengacau ke apa kan malam-malam baru lepas 1 minggu bernikah. Haha...

Okaylah, ceritanya di sini. Ramai dulu di sumbatkan dengan cerita-cerita palsu dan fitnah oleh bekas suami. Kononnya, Mummy ini tipu mengandung, anak yang dikandung bukan benihnya seolah Mummy keluar ikut pintu belakang bersama dengan orang lain dan ingin membuat DNA test ke atas Qashrin, Mummy menggunakan sihir untuk membuatkan dia TERKAHWIN kerana terkena PEMANIS dari Mummy, dan paling sedih katanya ibu Mummy sembahyang bukan bertuhankan Allah. Paling tidak masuk akal, katanya, dia sekeluarga diperbodohkan oleh Mummy?? Ya Allah tak terdengar ceritanya dan bermacam-macam lagi.. Bayangkan masa ini, Mummy dapat tahu cerita ini sendiri dari sepupunya, kawan-kawan dia yang mengenali Mummy serta ibu angkat yang Mummy anggap sebagai ibu mertua Mummy sendiri.Memang betul-betul menduga dan penuh cabaran. Menjadi tanda tanya kenapa mereka sanggup menilik bomoh dan mempercayai cerita karut dan bodoh seumpama ini.

Waktu itu, Mummy tengah di awal kandungan. Emosi yang terlalu berat untuk alahan dan pertukaran hormon dan dibebankan dengan fitnah seumpama ini. Ramai yang cuba menjauhkan diri dari Mummy sama ada takot cerita itu benar dan mengganggapkan Mummy sebagai "immoral" person. Ada yang menanti untuk tengok samada betul tak Mummy mengandung. Ada pula yang menanti saat untuk melihat muka anak itu dan menunggu bekas suami untuk membuat DNA test. Mummy bersabar, menangis, tak sangka cerita shirik seumpama ini dipercayai sendiri oleh bekas suami yang sememangnya seorang yang mempunyai pendidikan tinggi. Sedih kerana kata-kata dia sendiri yang dicerita oleh ibu angkat dan keluarganya serta saudara mara dia sendiri. Sehinggakan dia memarahi sesiapa sahaja yang berbaik dengan Mummy. Lebih dahsyat bila katanya, mata Mummy ini boleh menundukkan seseorang. Astagfirullah....bomoh mana yang dijadikan panduan? Inilah sebabnya kurang didikan agama tetapi bomoh yang menilik melalui JIN/Syaitan dijadikan panduan. Keadaan menjadi teruk apabila, kemarahan Mummy tidak dapat dikawal yang menyebabkan Mummy membuat tindakan drastik. Yang mencalar kredibiliti masing-masing malah Mummy ingin buat lebih teruk dari itu tetapi di atas nasihat peguam, keluarga dan kawan-kawan. Mummy bertahan...Apa yang boleh dilakukan adalah bersabar, berdoa untuk diberi kekuatan dan menunggu pasti kebenaran ini pasti akan terbongkar.

Itulah...tak sangka, sebenarnya masih ramai lagi dan sehingga kini. Kawan yang dulu rapat dengan Mummy walaupun Mummy mengenali mereka ini melalui bekas suami. Tetapi mereka masih mahu berkawan dan rasakan fitnah itu sesuatu perkara bodoh yang dilakkukan oleh pihak tertentu. Mereka masih menjemput Mummy dan masih mahu berkawan dengan Mummy. Mereka seolah-olah tidak mahu berfikir lagi tentang isu suruh mem-boikot Mummy. Ini juga termasuk saudaranya sendiri. Sepupu, kawan-kawan dan saudara bekas suami yang masih rapat sehingga kini.

Terima kasih Mummy ucapkan. Dan sangat rasa honoured being invited to their events. Baru-baru ini pon dapat jemputan hari lahir untuk anak ibu angkat. Malah jemputan perkahwinan kawan-kawan yang lain semasa mereka belajar di Korea waktu dulu bersama bekas suami, termasuk AbangNara pon menjemput untuk hadir di perkahwinannya pada ketika dulu. Kadang-kadang, rasa macam serba salah pulak kalau tak dapat datang. Kerana meraka ini sangat baik malah tidak ada masalah pon dengan Mummy. Dahulu. Mummy masih kekalkan mereka Facebook. Takot ada yang menjadi dalang atau perisik. Maafkan lah kalau yang tidak melakukannya tapi terpaksa pula Mummy UNFRIEND. Mesti mereka pelik..Tetapi di atas nasihat keluarga, Mummy terpaksa UNFRIEND mana-mana berkaitan dengan bekas suami. Kerana beliau masih sebuk stalk nak tahu apa isi dalam wall Facebook malah bukan Mummy tak tahu.

Bercakap tentang bantuan. Mummy nak cerita sedikit tentang sahabat yang menjemput hadir majlis perkahwinannya yang akan datang ni. Mummy teringat, waktu Mummy menghadapi masalah kereta Getz dan Mummy bersendirian kerana bekas suami outstation. Bateri dah mati. Apis, sanggup datang untuk menolong Mummy walaupon dia baru sahaja lepas menjalani operation. Operation apa tak ingat. Nak menolak kereta tu. Kesian tengok dia berpeluh-peluh. Risau pon ada. Terbukak ke jahitan dia. Apa la Mummy nak buatkan? Lain lah Mummy doktor. Hahaha. Malah sebelum itu pon beliau banyak membantu. Seolah hubungan kawan itu tidak pernah putus. Dan masing-masing paham dengan situasi sendiri. Itulah Mummy akan cuba dapatkan hadiah untuk dia atau mungkin mintak sahaja no account bank transfer duit. Eheks..

Alamak terpanjanglah pulak.....tiba-tiba dapat mood balik untuk mengingati kisah lama yang berunsur shirik ni. Pelik-pelik. Tiba-tiba datang rasa berani nak mendedahkan pulak...Huhuhu Mummy cuba nak simpan cerita ini taknak diungkitkan. Tapi terpaksa lah pulak.

Xoxo
Mummy Akmar