14/11/2012

Eyuzu Japanese Cuisine, Eastin Hotel Untuk Peminat Makanan Jepun

Inginkan kelainan dalam menjamu selera? Macam Mummy sendiri, sukakan kelainan dari menu biasa kita orang melayu. Mummy adalah peminat makanan Jepun. Tak sah kalau tak pergi ke restoren makanan Jepun ni, sekali sekala nak ubah selerakan? Bermacam-macam menu makanan Jepun yang menjadi tarikan adalah sashimi, sushi, tempura dan hidangan yang lain.

Mummy nak berkongsi satu restoren yang menyajikan masakan Jepun yang autentik dan segar. Makanan yang dihidangkan khas dan istimewa dimasak oleh Chef yang pakar dalam masakan Jepun sendiri menyediakan hidangan yang istimewa untuk pengunjungnya. Restoren yang Mummy maksudkan tu adalah Eyuzu Japanese Cuisine di Eastin Hotel.

Restoren Makan Jepun di PJ, Restoren Makanan Jepun Yang Sedap Dan Halal, Eyuzu Japanese Cuisine, Restoren Jepun Kesukaan Ramai, Pelbagai pilihan menu makanan Jepun, Restoren Eyuzu, Eyuzu Japanese Cuisine Eastin Hotel, iphone 5 gadget impian
 Suasana yang tenang untuk menjamu selera


Restoren Makan Jepun di PJ, Restoren Makanan Jepun Yang Sedap Dan Halal, Eyuzu Japanese Cuisine, Restoren Jepun Kesukaan Ramai, Pelbagai pilihan menu makanan Jepun, Restoren Eyuzu, Eyuzu Japanese Cuisine Eastin Hotel
Dari kiri atas: Sushi Bar, Ruang Makan, Lobster Segar dan Tepayanki Station.
Kawasan yang luas dan selesa. Terasa macam berada di Jepun pulak suasananya.

Memang banyak restoren makanan Jepun di KL. Mungkin ramai tercari-cari, dekat mana nak dapat makanan Jepun yang sedap, segar dan istimewa di area-area PJ? Mummy dah terjumpa satu tempat yang Mummy sendiri nak kongsikan bersama reader dan follower Mummy. Mummy pon taknak citer panjang-panjang, meh sini Mummy perkenalkan makanan-makanan yang segar dan menyelerakan untuk peminat makanan Jepun.


Restoren Makan Jepun di PJ, Restoren Makanan Jepun Yang Sedap Dan Halal, Eyuzu Japanese Cuisine, Restoren Jepun Kesukaan Ramai, Pelbagai pilihan menu makanan Jepun, Restoren Eyuzu, Eyuzu Japanese Cuisine Eastin Hotel
Sashimi - Assorted Raw Fish from Magoro/Tuna, Salmon, Sea Bass and Sulf Clamp
&
Eyuzu Maki Sushi - Soft Shell Crab
Harga bermula dari RM95++ untuk Sashimi dan RM40++ untuk Eyuzu Maki
Untuk menu ini, ikan mentah yang dihidangkan sangat segar tidak hanyir langsung, terutama sekali salmon dan Maki Sushi yang sangat lazat *slurps* Tak cukup dua ketul please....Hahaha

 Cawan Mushi - Steamed Egg Custard
Harga bermula RM13++ satu cawan
Apa yang istimewa tentang Cawan Mushi ini adalah, dalamnya ada cendawan dan ayam. Itu je Mummy ingat sebab terlalu sedap sampai terlupa apa yang ada dalamnya. Rasanya lain sekali dari yang pernah Mummy rasa dulu. Pernah juga rasa telur kastard ni di Korea dulu. Tapi yang ini lebih enak, lembut dan sedap dimakan panas-panas.


Restoren Makan Jepun di PJ, Restoren Makanan Jepun Yang Sedap Dan Halal, Eyuzu Japanese Cuisine, Restoren Jepun Kesukaan Ramai, Pelbagai pilihan menu makanan Jepun, Restoren Eyuzu, Eyuzu Japanese Cuisine Eastin Hotel
Shake Kabuto Jiru - (Salmon Head Miso Soup)
Harga dari RM26++ satu mangkuk
Ini bukan sebarang Miso Sup yang biasa-biasa tu. Miso Sup ini spesel sebab ia dimasakkan sekali dengan tulang kepala Salmon. Terasa betul rasa ikan segar salmon dan juga bahan-bahan lain seperti crabstick, seaweed, sotong dan lain-lain


Restoren Makan Jepun di PJ, Restoren Makanan Jepun Yang Sedap Dan Halal, Eyuzu Japanese Cuisine, Restoren Jepun Kesukaan Ramai, Pelbagai pilihan menu makanan Jepun, Restoren Eyuzu, Eyuzu Japanese Cuisine Eastin Hotel
Tempura - Deep Fried Lightly Battered Prawn, Silver Whiting and Vegetables
Harga bermula dari RM46++ untuk satu hidangan untuk Ebi Tempura (Prawns), RM30++ untuk satu hidangan Kisu Tempura (Silver Whiting) dan RM20++ untuk satu hidangan untuk Yasai Tempura (Assorted Vegetables)
Ini menu yang paling Mummy suka kalau makan makanan Jepun. Tempuranya ranggup dan isi dalamnya lembut. Bila gigit, bunyik krup krap...Aduh..tak cukup satu basket ni. Boleh tak nak lagi....? Hahaha! 

Unagi Kabayaki - Grilled Eel With Sweet Soya Sauce
Saba Shioyaki - Grilled Mackerel With Salt Seasoning
Harga bermula dari RM55++ untuk Unagi Kabayaki dan RM30++ untuk Saba Shioyaki untuk satu hidangan
Hidangan ini sangat signature dish untuk makanan Jepun. Ikan belut yang dipanggang. Terasa manis dan isi ikan itu yang segar. Dan lagi satu tu, rasanya agak plain sikit.


Restoren Makan Jepun di PJ, Restoren Makanan Jepun Yang Sedap Dan Halal, Eyuzu Japanese Cuisine, Restoren Jepun Kesukaan Ramai, Pelbagai pilihan menu makanan Jepun, Restoren Eyuzu, Eyuzu Japanese Cuisine Eastin Hotel
Ini abang-abang chef yang masak-masakan Jepun yang lazat ni. Sorang Melayu sorang lagi cina. Lupa pulak nak tanya single dan available ke? Hahahaha....Chef-chef ini diketuai oleh Eksekutif Chef iaitu Chef Alex


Restoren Makan Jepun di PJ, Restoren Makanan Jepun Yang Sedap Dan Halal, Eyuzu Japanese Cuisine, Restoren Jepun Kesukaan Ramai, Pelbagai pilihan menu makanan Jepun, Restoren Eyuzu, Eyuzu Japanese Cuisine Eastin Hotel
Teppanyaki - Teppanyaki Grilled Beef Roll With Enoki Mushroom, White Tuna, Mix Mushroom in Garlic-Butter Sauce.
Harga bermula dari RM48++ untuk Beef Roll, RM55+ untuk White Tuna dan Mix Mushroom RM40++
Okay ini menu yang semua rakyat Malaysia suka. Teppanyaki!!! Tapi di Eyuzu Japanese Cuisine ni, cara dia masak memang lain dari yang lain. Sangat istimewa, rasa ikan tuna yang segar tidak hanyir, cendawan yang dimasak dengan bawang putih serta cendawan digulung dengan daging ni memang unik. Bila digigit terasa kicap manis dan bawang putih yang bersalut atas daging tu. Ini memang sedap!!

Restoren Makan Jepun di PJ, Restoren Makanan Jepun Yang Sedap Dan Halal, Eyuzu Japanese Cuisine, Restoren Jepun Kesukaan Ramai, Pelbagai pilihan menu makanan Jepun, Restoren Eyuzu, Eyuzu Japanese Cuisine Eastin Hotel
Okonomiyaki - Japanese Pan Cake With Chicken and Seafood
Harga bermula dari RM20++ untuk satu hidangan 
Menu ni memang pertama kali Mummy cuba. Pancake ni sebenarnya adalah pizza Jepun, ada blogger lain kata rasanya macam Tako Ball. Memang sedap, disaji dengan mayonaise serta bonito flakes, daun bawang dan isi ayam. Fuh....memang sedap. Lain dari yang lain. Mesti kena cuba ni pizza Jepun...

Restoren Makan Jepun di PJ, Restoren Makanan Jepun Yang Sedap Dan Halal, Eyuzu Japanese Cuisine, Restoren Jepun Kesukaan Ramai, Pelbagai pilihan menu makanan Jepun, Restoren Eyuzu, Eyuzu Japanese Cuisine Eastin Hotel
Daazato - Green Tea Ice Cream Topped With Red Bean Paste
Harga bermula dari RM12++ per serving
Ini sajian yang terakhir. Pencuci mulut yang dinanti-nanti. Mula-mula tu, Mummy tak berapa nak makan Green Tea askrim ni, tapi bila rasa, Ya Allah...sedapnya! Pertama kali rasa, Green Tea tu tak kuat sangat dan di adun dengan rasa vanilla, tambah pula dengan pes kacang merah. Ini mesti cuba juga!

Bagi yang nak rasa kelainan dalam menu harian, atau ingin mencuba restoren makanan Jepun yang lain bolehlah ke restoren ini. Restoren ini juga selain menu ala-carte, juga menyediakan buffet pada hujung minggu. Memang sesuai untuk bawa keluarga untuk makan bersama-sama. Segala butiran ada dipenghujung entri ini.

Restoren Makan Jepun di PJ, Restoren Makanan Jepun Yang Sedap Dan Halal, Eyuzu Japanese Cuisine, Restoren Jepun Kesukaan Ramai, Pelbagai pilihan menu makanan Jepun, Restoren Eyuzu, Eyuzu Japanese Cuisine Eastin Hotel
Mummy ditemani oleh BFF Mummy iaitu Siti!. Gambar yang ditengah tu, akak Geisha Jepun yang dikeraskan menanti cintanya pulang untuk makan sushi. Haha! Gambar terakhir tu, bersama top fashion blogger
Shazwani Hamid yang selalu Mummy ikuti perkembangan blognya dan dapat berkenalan dengan yang lain iaitu Ami Schaheera dan blognya pon best jugak. 



Eyuzu Japanese Cuisine
Level 2, Eastin Hotel Petaling Jaya
Tel: 03-7628 7368

Waktu Operasi:
Lunch : 12.00 noon - 2.30pm
Dinner : 6.30pm - 10.30pm

Sabtu & Ahad : Shumatsu Buffet Dinner dari 6.30pm - 10.00pm