01/11/2012

Eizil Perlukan Cadangan Dan Kritikan

Hari ini terpaksa juga meluangkan sedikit masa (atau curi masa) di pejabat untuk menyelesaikan tugasan terakhir untuk Blogging Contest dari Eizil dot Com ni.

Kepala sekarang ni tengah buntu yang teramat kerana dah 2 hari laptop Dell zaman Jepun Mummy tu buat hal lah pulak. Pada hari kejadian, pakai laptop dan off sebentar nak keluar minum petang dengan Qashrin dan Opah, balik je nak ON semula, tiba-tiba ada pop up window kecil masa nak pilih user tu. Tak baca sangat pon terus klik OK. Dah enter je user, tiba-tiba semua program jadi mcm haywire. Klik semua icon desktop terus keluar "Windows Can't Access The Specified Device, Path or File. You May Not Have The Permission To Access The Item" Whattderr??? Huwaaaaaaaaaa. Baru nak update stok untuk Qashmere. Memang patah kaki dan tangan tanpa laptop. Huwaaaaaa =(~

Nangis pon tak guna bukan korang boleh dengar pon kan? Tugasan tetap tugasan. Menang Kalah belakang kira. Adeyh. Huwaaaaaaaaa. Gigih sebenarnya ni.


Berbalik kepada Blogging Contest Eizil. Tugasan terakhir ni asyik tertangguh lama betul sehingga dah nak tarikh tutup dah ni barulah terkial-kial nak buat. Mummy ni bukanlah pandai sangat untuk memberi cadangan dan juga kritikan lebih-lebih lagi untuk blogger macam eizil ni. Sebenarnya baru sangat tahu pasal Eizil.com ni sebab sebelum ini takpernah pon blogwalking. Yerlah blogger baru macam Mummy ni, mana reti sangat. Tetapi orang dah kasi peluang, terpaksa jugaklah memberi cadangan dan kritikan. Haha. Mummy cubalah yer.

Cadangan & Kritikan untuk Eizil.Com

1. Kalau diikutkan blog Eizil ni simple sangat. Sekurangnya tambahkan Header/Banner untuk menjadikan trademark atau lambang kebanggaan diri Eizil sendiri.

2. Layout/tema blog ni simple sangat dan kosong tapi penuh informasi. Cercuba tambah sikit warna-warna. Memanglah tahu kalau background semua putih tu akan mempercepatkan loading time blog. Tapi tambahlah sikit warna-warna. Baru tampak lebih berserilah sikit. Kira macam perempuan yang dipakaikan make-up. Blusher, eyeshadow dan lipstik. Hah..camtulah konsepnya.


Eh..okay-okay melebih pulakkan. Haha! Rasanya itu sahaja yang termampu dicoretkan untuk tugasan terakhir ini. Cadangan dan kritikan ini juga perlulah mengikut keselesaan dan taste bro Eizil sendiri.

Okaylah. Seperti diberitahu, baru sangat tahu pasal Eizil.com ni, jadi Mummy tidaklah sempat nak gali lebih-lebih blog Eizil ni. Tetapi ada artikel yang menarik perhatian Mummy adalah Kuasai Teknik Percutian Harga Murah

Kenapa Mummy rasa ini entri terbaik dan sangat bermanfaat terutamanya bagi diri sendiri. Kerana, semenjak menjadi single ni, memang terasa nak pergi bercuti je untuk menenangkan fikiran dan meluangkan masa bersama anak. Betul cakap Eizil, takperlu bermewah-mewah bila bercuti, melainkan ada orang sponsor (Hehehe). Tapi selalunya kalau pergi bercuti memang Mummy keluarkan wang sendiri dan terpaksa buat kira-kira untuk tidak terlebih bajet. Setakat ini untuk percutian yang Mummy keluar duit sendiri contohnya percutian ke Cameron Highland, Penang, Universal Studio Singapore. Untuk percutian dalam Malaysia mungkin bajetnya boleh tinggi sedikit berbanding ke luar negara memang kena atur bajet betul-betul. Banyak tips yang Mummy setuju sangat dalam artikel yang dipaparkan untuk pemilihan tempat tinggal, makanan, lokasi dan lain-lain dengan bajet serendah RM200. Tips dan idea percutian bajet macam ini sangat berguna lagi-lagi macam diri Mummy sendiri. Kerana semua orang layak bercuti untuk menenangkan fikiran, ambil nafas baru dan tukar pemandangan walaupon dengan bajet yang sedikit.

Satu dah siap, lagi satu menyusul nanti. On the wayyyyyyyy!

Xoxo,
Mummy Akmar