28/11/2012

Durian Crepe VS Rasberry Pavlova

Sekarang ini cerita pasal durian crepe ini hangat diperkatakan oleh semua orang termasuk blogger-blogger yang berkongsi tentang resipi dan gambar. Sampaikan teringin betul nak makan durian crepe ini. Tapi mana nak cari di Ipoh ni?

Dah seminggu. Mummy asyik sebut pasal durian crepe dekat Opah. Tekak ni macam mengidam pulak nak makan. So, nafsu nak makan durian crepe ini taklah membuak sangat sebab kalau mengandung dulu, memang sanggup ku redah mencari durian crepe takpon masak terus on the spot! Hehehe.


Image: Google

Resipinya bukan susah sangat pon bila tengok resipi yang dikongsikan oleh kalangan blogger. Kulitnya macam resipi lempeng dan juga inti nya diisi dengan durian dan fresh cream.

Rasa macam nak buat kelas memasak bersama Qashrin pulak hujung minggu ni. Bolehlah buat aktiviti bersama anak. Tetapi tiba-tiba dalam hati teringin pulak nak makan Pavlova. Resipi tak berapa ingat sangat. Kan senang kalau ada telefon pintar Apple, senang je nak rujuk dengan applikasi yang ada dalam iPhone tu. Takpe-takpe, terpaksa buat cara manual, bawak laptop atas meja sekali sambil tengok resipi. Hahaha.

Image: Pavlova

Itulah dilemma betul, hujung minggu ni nak masak durian crepe ke atau pavlova. Checklist dua-dua barang semua ada dekat rumah. Cuma nak beli buah-buahan untuk diletakkan atas pavlova. Durian dah ada. Boleh tak rasa dilemma macam ni?

Ataupun buat dua-dua sekali. Hahaha... Dilemma punya dilemma tetiber tak jadi buat pon sebab ada aktiviti lain.

Xoxo
Mummy Akmar