02/11/2012

Cadang Eizil Perkhidmatan PERCUMA Untuk Blogger

Untuk tugasan kedua terakhir ini, seperti dinyatakan oleh Eizil "Dalam entri berlainan - Produk atau Perkhidmatan (percuma atau berbayar) yang anda inginkan daripada Eizil Network"



Oleh itu Mummy telah memilih untuk mencadangkan kepada Eizil bagi Perkhidmatan PERCUMA iaitu agar projek "Khidmat Blogger"dapat diteruskan semula untuk membantu para blogger baru atau lama yang memerlukan bantuan dan bimbingan seperti diri Mummy sendiri. Hahaha...

Sebagai blogger baru banyak memerlukan panduan, info, tips, tunjjuk ajar dan bimbingan dalam selok belok ber-blogging. Ini juga mungkin termasuk dari segi mempertingkatkan traffik, menghasilkan laman mesra SEO, cara untuk menjana pendapatan melalui blogging, menyediakan template mesra SEO, tips untuk berblogging dari segi sekuriti, idea untuk menulis dan pelbagai lagi serta jika boleh dibuatkan sesi soal jawab antara blogger dan Eizil Network pada masa-masa tertentu. Kira macam appointment bersama blogger yang memerlukan bimbingan dan tunjjuk ajar.

Sepanjang ber-blogging ini, memang Mummy akui banyak yang perlu dipelajari dan fahami. Terima kasih kepada yang banyak membantu dan memberi bimbingan untuk terus ber-blogging. Rasanya, ini yang dapat Mummy cadangkan untuk tugasan kedua terakhir. Memang nak tulis panjang lebar lagi tapi masa terlalu singkat sangat dengan komitmen yang ada sekarang ini. Penyertaan ini hanyalah untuk memeriahkan suasana dan juga memperbanyakkan pelbagai jenis penulisan agar berkembanglah lagi kotak minda Mummy ni yang dah lama terbenam. Hahaha. Oleh yang demikian, dikesempatan ini Mummy ingin mengucapkan Good Luck kepada semua peserta dan Thank You Very Much kepada Eizil Network kerana menganjurkan Blogging Contest seumpama ini.

Berikut adalah senarai tugasan terdahulu:

1. Buat Blog Pengalaman Bercerai

2. Selepas 3 Tahun

3. Eizil Perlukan Cadangan Dan Kritikan

Akhir kata, selamat maju jaya dari Mummy dan Qashrin.. Heeee~

Xoxo,
Mummy Akmar