15/11/2012

Bagaimana Untuk Berhadapan Dengan Penceraian

Dalam artikel ini Mummy akan membincangkan beberapa perkara yang sangat penting dan nasihat untuk mereka yang dalam situasi melalui penceraian bagi lelaki dan wanita dari bacaan dan juga pengalaman sendiri. Percaya atau tidak, kaum lelaki lebih terdorong untuk memfailkan penceraian dari kaum wanita. Ini adalah satu fakta yang menarik yang mungkin anda tahu atau sudah mengetahuinya. Ramai orang beranggapan ia adalah disebaliknya tetapi itu yang terjadi. Ada beberapa poin nasihat yang penting yang perlu diberi penekanan bagi mereka yang sedang memikirkan atau mengalami penceraian tidak kira anda wanita atau lelaki.

blog ibu tunggal, informasi terkini, kontroversi, kes penceraian sebenar, cara mengatasi penceraian, proses penceraian yang perlu dihadapi, kesan dari penceraian, blog bercerai suami isteri
Image: Google

Berikut adalah beberapa nasihat yang anda patut tahu jika anda melalui penceraian:

1) Pertama sekali, jangan mengharapkan proses penceraian ini akan mengambil masa yang singkat. Ia bukan semudah yang anda sangkakan. Sebagai contoh, anda ingin bercerai hari ini dan menjangkakan ia akan berakhir dalam 2-3 hari berikutnya. Secara realiti, penceraian ini akan mengambil masa berbulan-bulan malah bertahun-tahun lamanya. Ini termasuk proses memfailkan, pengambilan penguam, prosiding dan berikutnya. Ia menjadi berpanjangan dan semua perkara ini akan berterusan dari satu ke satu. Selalunya, terdapat pertikaian ke atas harta, aset, hutang dan jagaan anak-anak yang semua ini boleh menyebabkan kelewatan yang ketara di atas proses-proses tersebut yang sememangnya sudah mengambil masa yang lama. Jadi untuk nasihat bagi mereka yang ingin bercerai atau sedang dalam proses penceraian, jangan ada apa-apa harapan untuk proses ini akan menjadi lebih cepat. Jadi bak kata Nabi Muhammad S.A.W "berfikir sejenak itu lebih afdal dari solat 5 waktu". Kerana kita diberikan akal untuk berfikir untuk membuat keputusan. HOT! Doa Pengasih Atasi Masalah Rumah Tangga Dan Pencintaan Anda

2) Ada pepatah yang mengatakan "Marriage is GRAND and Divorce is TEN GRAND" dan ini adalah sememangnya betul. Kos untuk penceraian adalah sangat tinggi. Sudah tentu ia bergantung kepada peguam tertentu mengikut kehebatan kemahiran dan pengalaman seseorang peguam tersebut. Ini juga bergantung kepada berapa lama anda akan diheret keluar masuk mahkamah dan juga kertas kerja yang perlu dilakukan. Pada asasnya, lebih lama kita menyeret atau menangguhkan kes itu, bahawa lebih banyak wang yang akan anda perlu bayar kepada peguam. Ini juga lebih malang lagi, jika terdapat peguam yang sememangnya yang inginkan keuntungan tanpa menghiraukan anak guam dan pengalaman yang ada walaupun mereka adalah peguam yang baru. Sanggup mereka tundakan ke hari yang lain semata-mata untuk mendapat lebih wang dari anak guam. Jadi, anda perlu pintar memilih peguam. Dan jika penyelesaian ini boleh dibawa berbincang untuk mendapat kata sepakat untuk dua-dua pihak adalah lebih baik lagi. Sekiranya anda kurang berkemampuan, anda boleh dapatkan khidmat dari biroguaman  dengan PERCUMA bagi mereka yang mempunyai pendapatan dibawah RM1500.00 HOT! Jana Wang Pendapatan Dari Rumah - Khas Untuk Wanita Sahaja

3) Perkara yang paling penting dan anda perlu akur adalah digalakkan kedua-dua pihak untuk lebih tenang dan bersabar sebaik mungkin. Ini adalah kerana, emosi dan juga keledekan hormon yang melampau semasa proses penceraian boleh membuatkan perkara menjadi lebih buruk dan teruk. Perkara yang dimaksudkan adalah bermaki hamun, jerit menjerit, berlawan malah perkara yang melibatkan tingkah laku yang kurang sopan akan terjadi. Ini adalah kerana, pihak yang ingin menegakkan kebenaran atau marah apabila dianiaya. Perkara ini boleh juga berlarutan apabila, sikap kedua-dua pihak yang tidak mahu mengaku kalah dan salahnya. Dan ia boleh membawa ke satu tahap yang lebih teruk dengan mengaibkan sesetengah pihak. Perkara ini berlaku apabila, yang dianiaya terasa dirinya perlu didengari, atau dirinya difitnah tanpa bukti yang asas. Ini juga berbalik kepada pihak yang ingin melakukan perkara jahat seperti menyuruh orang menyamar melalui telefon untuk berniat jahat, mencari khidmat bomoh  dan bermacam-macam lagi. Tetapi apa-apa pon perkara, kedua-dua belah pihak perlu atasi perkara ini dengan teliti dan bertindak dengan kadar minimum untuk mengelakkan tekanan yang berlanjutan. Kerana ia juga akan melibatkan ketegangan dan keburukan pada dua-dua pihak. Dan ini boleh melambatkan proses penceraian tersebut. HOT! Tips Rumah Tangga Bahagia Dan Bercinta Hingga Akhir Hayat

Di atas adalah antara cebisan nasihat yang anda perlu tahu jika anda ingin bercerai atau sedang melaluinya. Jika anda dapat mengikuti nasihat ini, insyaAllah proses ini akan lebih senang. Atau yang lebih baik sekali, LUPAKAN penceraian kerana ia merumitkan. Walaupun perkara ini HALAL di dalam Islam tetapi ingatlah ia adalah perkara yang dibenci disisi Allah S.W.T. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pasangan suami isteri untuk berfikir dengan lebih mendalam lagi jika penceraian adalah suatu solusi. Fikirkan saat anda mengenali sesama sendiri dahulu dan kenapa anda ingin memiliki satu sama yang lain, fikirkan perkara yang anda berdua telah komit bersama dan juga nasib anak yang mungkin tergadai tanpa kasih sayang ibu dan bapa.

Xoxo,
Mummy Akmar